Tuesday 12 March 2013

Isteri Curang


6/12/97 adalah tarikh berakhirnya zaman bujang kita. Sebuah percintaan selama setahun akhirnya sampai jua ke jinjang pelamin.  Betapa bahagianya…kita telah berjaya melangkah ke satu tahap kehidupan sebagai suami isteri, namun jauh disudut hati, aku sememangnya berasa gementar. Aku terfikir apakah aku mampu menjadi seorang suami & ketua keluarga yang baik. Aku terima cabaran ini dan berjanji pada diri sendiri, cuba memikul sebaik mungkin tanggungjawab ini. Pada tarikh ini jua aku telah menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama. Hari2 yang dilalui begitu bahagia. Berbulan madu di pelbagai lokasi, Gunung Jerai, Cameron Highland, Fraser Hill dan lain2. Pelbagai janji & kata2 sesama kita, berjanji untuk mempertahankan perkahwinan ini sehingga akhir hayat.  Antara kata2 yang terkandung dalam kad ulangtahun perkahwinan ke2 yang masih aku simpan,   



Begitu juga dengan kata2 yang terkandung dalam kad ulang tahun perkahwinan pada tahun 2000, isihati kau jelas menggambarkan yang kau berasa cukup selamat dan bahagia disampingku.




Aku percaya, mana2 pasangan yang bertunang dan berhasrat untuk membina satu hubungan yang sah dari segi syarak, pasti ada banyak gangguan & cabaran yang bagaikan mahu menggagalkan tujuan yang murni ini. Tidak terkecuali dengan kita.  Sejak awal perkenalan kita, banyak kisah2 sedih mengenai diri kau. Kekecewaan yang kau alami, setelah percintaan kau dengan inspector Khairul gagal, kau sendiri hadir di Masjid Saidina Omar, Bandar Tun Razak, untuk melihat majlis akad nikahnya. Kau juga tertekan tinggal dengan orang tua kau sendiri, dan membuatkan kau memilih jalan hidup sendiri. Kau mula merokok & suka lepak di kelab2 hiburan. 

Perkenalan kita sebenarnya adalah secara tidak sengaja, bila Fishol memberitahu kau yang Ali mengajak kau menonton lumba kereta di litar Bt3. Kita pernah berhubungan untuk urusan kerja. Kau menghubungi aku, dan aku pura2 mengiyakan yang aku mengajak kau ke litar bt3. Hakikatnya, Ali yang sebenarnya ialah Ali Cina, rakan sepejabat kau.  Pertemuan pertama kali itu membuatkan hubungan kita semakin intim. Kau ada menyatakan ayang pertaka kali kau tertarik denganku, kerana begitu teruja dengan parfume yang aku pakai masa tu, iaitu Issey Miyake.

Tak lama kemudian, kita bertunang. Aku dapati kau mempunyai masalah migraine yang teruk. Beberapa hari sekali, pasti kau kena ambil injection. Bila berjumpa pakar, dibuat CT scan, didapati tiada apa2 yang abnormal. Seterusnya, keluarga kau mencadangkan berubat dengan dukun Limah. Pertama kali berubat, aku berasa pelik dengan kaedah perubatan ini. Dukun akan menurun, menyeru nama pelbagai pahlawan2 Melayu silam, seperti Hang Tuah dan sebagainya. Kau dikatakan telah terkena ‘buatan orang’ yang mahu menggagalkan perkahwinan kau dengan aku. Orang itu ialah jiran kau sendiri, iaitu Mak Limah. Beberapa kali kita pergi ke rumah dukun Limah, yang terakhir, kita dikehendaki membawa seekor ayam putih. Kononnya ‘benda’ yang ganggu kau perlu dipindahkan ke ayam ini, seterusnya lepas dipindahkan, kita perlu bebaskan ayam ini jauh dari sini. Setiap kali aku pergi rumah kau, mesti ikut laluan lain agar tidak melalui depan rumah Mak Limah. Aku juga disuroh ludah 3 kali sebelum masuk ke rumah kau, untuk mengelakkan makhluk halus yang mengganggu ini tidak ikut masuk ke rumah. Kita juga pernah ikut abah ke rumah seorang bomoh berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak, untuk berubat. Kita juga pernah berubat di rumah Bomoh Izan di kampong kau, di Seremban. Bomoh Izan kononnya mampu pujuk makhluk halus yang mengganggu ini, di hantar ke Indonesia, untuk bertaubat.

Memandangkan masalah migraine kau belum selesai, secara kebetulan ketika pergi ke sebuah klinik gigi untuk buat scalling (pembersihan gigi), doktor dapat mengesan yang terdapat pertumbuhan akar gigi yang abnormal. Ini kemungkinan adalah punca masalah migraine kau. Setelah pembedahan dilakukan, masalah migraine kau telah sembuh. Tiada lagi injection yang perlu diambil. Namun, sehingga kita kahwin, keluarga kau tetap memusuhi Mak Limah, dan kita dilarang melalui depan rumahnya.                                                                        

1998, kau telah hamil. Malangnya mengalami keguguran. 1999, hamil lagi. Kali ini Allah telah mengurniakan seorang zuriat. Luqmanul Hakeem Bin Athar Ali.. Lahir pada 24/11/99. Pelbagai perasaan bercampur aduk ketika kelahiran ini. Air mataku menitis ketika kau berjuang untuk melahirkan Luqman. Tak sanggup aku berada di sisimu melihat kesakitan yang kau tanggung namun aku harus terus memberikan semangat. Sebaik saja selamat  melahirkan seorang bayi, ya.. aku telah bergelar seorang bapa. Betapa gembiranya. Terasa bagai mahu menjerit untuk memberitahu seluruh manusia mengenai berita ini!

Cabaran kehidupan semakin bertambah. Aku mula terasa kehilangan satu kehidupan yang begitu selesa sebelum ini. Waktu tidurku mula diselangseli dengan pelbagai karenah bayi ini namun aku tidak sesekali menganggapnya sebagai beban. Aku gembira dengan cabaran ini dan sanggup lakukan apa saja tanpa mengira waktu asalkan bayi ini dapat segala keperluannya. Menukar lampin, bancuh susu, steril perkakasan menyusu menjadi amalan harian tanpa mengira waktu dan tempat.

Tahun 2000, engkau hamil lagi. Perasaan aku berbelah bagi, kerana bayi sulong masih kecil lagi dan perlukan sepenuh perhatian, kini bayi kedua akan menyusul. Aku takut tak mampu memikul tanggungjawab ini. Akan bertambah lagi rutin kehidupanku namun aku tetap bersyukur atas rezki kurniaan Allah. 25/12/2000, Ahmad Danial Hakeem selamat dilahirkan.  Meskipun kelahiran bayi ini sedikit sebanyak mengurangkan waktu2 bermesra kita, namun ianya tidak sedikitpon menjejaskan kasih sayang sesama kita sebagai suami isteri malah perasaan cinta kita semakin membara. Aku bertekad akan berusaha menjadi suami & ayah yang terbaik. Aku akan berusaha untuk kehidupan yang lebih baik. Daripada menyewa rumah di Subang Jaya, kita telah membeli sebuah rumah dan berpindah ke Bukit Beruntong, pada 2001.

Ketika di Bukit Beruntong, masalah lain pula timbul.  Keadaan rumah yang tidak mempunyai air yang bersih serta jauh dari tempat kerja (Kelana Jaya), perjalanan pergi dan balik setiap hari lebih dari 100 km.  Bibik kita berhenti kerja tergesa2 kerana merindui anak2nya di Indonesia, seterusnya anak2 yang masih hingusan terpaksa dihantar ke pusat jagaan kanak2. Rasanya tempoh demam lebih banyak berbanding sehat ketika di sini.  Seterusnya kau telah sambung belajar ke peringkat Diploma secara part time di Politeknik Shah Alam. Kelas adalah setiap hari Sabtu dan Ahad. Ini bermakna aku berulangalik ke tempat kerja dan rumah 5 kali seminggu dan kau pula 7 kali seminggu. Hidup kita semakin mencabar,  sentiasa terkejar-kejar dan begitu memenatkan. Tak sanggup rasanya mengingati semula segala cabaran kehidupan ketika di Bukit Beruntung.

Pada hari raya puasa 2003, emak, bapak, kakak & abang iparku serta 3 orang anak-anaknya datang beraya di rumahku. Ketika perjalanan pulang ke Kedah, aku dikejutkan dgn panggilan telefon dari kakakku,Shakila yang menangis teresak-esak memaklumkan yang mereka mengalami kemalangan di Ipoh. Sangkaan awal aku, ini mungkin kemalangan kecil. Kami bergegas ke tempat kejadian, dan aku begitu terperanjat. Begitu sayu melihat segala makanan yang kami bekalkan berterabur di tempat kejadian. Bapaku meninggal beberapa jam kemudian di Hospital Besar Ipoh. Abang iparku, Jamel, telah patah beberapa tulang rusuk.  Ibuku mengalami kecederaan parah. Yang lain2 mengalami patah pinggang & tangan. Sekelip mata, sebuah kegemberiaan bertukar menjadi tragedy yg tidak pernah terlintas dalam kepalaku.  Sebahagian berada di Hospital Ipoh dan sebahagian di hospital swasta. Aku bagai hilang punca dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Segalanya bagai sebuah mimpi. Aku terima segalanya sebagai takdir Ilahi.

Penghujung 2004, kita telah membeli sebuah rumah di Shah Alam. Tak lama kemudian, rumah di Bkt Beruntung berjaya dijual. Penghijrahan ini membolehkan kita hidup jauh lebih selesa. Engkau telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Diploman dengan cemerlang dan berjaya menjadi salah seorang pelajar terbaik.

Anak2 yang terus membesar di Shah Alam telah mendapat  segala keperluan pendidikan, Alhamdulillah, telah berjaya khatam Al Quran di usia 12 tahun.  Hidup kita begitu bahagia. Setiap kali cuti sekolah, pasti ada saja mana2 destinasi percutian kita.

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Aku akui kita juga sesekali berselisih faham namun tidak pernah berpanjangan. Seingat aku, akulah yang selalu cepat2 minta maaf samada aku di pehak yang benar apatah lagi bersalah. Aku tidak mampu membiarkan perselisihan faham ini berpanjangan, paling lamapon untuk beberapa jam sahaja. Setelah itu, aku akan berusaha membuat apa saja asalkan engkau ketawa dan mengakhiri perselisihan kita.Seperkara lagi, memandangkan kita berdua bekerja, atas persetujuan bersama, engkau memberikan kad ATM engkau kepadaku. Setiap hari atau selang sehari, aku akan memberikan RM50 untuk perbelanjaan harian. Engkau  bebas menggunakan kad kredit untuk berbelanja bagi keperluan2 yang lain seperti pakaian, kosmetik, suplement dan sebagainya.  Setiap bulan, aku akan melangsaikan semua hutang kad kredit kita.  Tidak lupa, memandangkan emak dan abah mempunyai akaun yang berlainan, pasti ada peruntukan tetap bulanan  rm150 untuk emak & rm150 untuk abah. Andainya terlewat ataupon tidak dapat pulang ke Seremban, aku akan memasukkan ke dalam akaun abah. Untuk keluargaku sendiri, aku pastikan memberikan emakku sebanyak rm150 sebulan. Untuk bapakku, sepanjang dia hidup, rasanya aku tidak pernah memberikan wang tunai. Bukannya apa, aku pernah memberikannya, tapi bapa ku menolaknya kerana merasakan dia masih mampu bekerja & tidak selesa andainya aku mahu memberikannya wang. 

Kita telah selesa dan terbiasa dengan cara ini kerana beranggapan lebih mudah menguruskan pendapatan/perbelanjaan isirumah. Atas dasar kepercayaan yang kuat dan sifat keterbukaan sesama kita,  perkara ini tidak pernah menjadikannya sebagai satu isu atau masalah. Aku akan menjelaskan setiap perbelanjaan/pendapatan bulanan keluarga kita.  Untuk membeli atau berbelanja bagi perkara2 yang besar, kita akan berbincang & seterusnya berbelanja atas persetujuan bersama. Orang luar yang tidak faham mungkin nampak seolah-olah aku mengawal dan menggunakan pendapatan engkau. Ya, aku tidak pernah memaksa engkau dengan system yg kita amalkan ini. Ianya diamalkan atas dasar kepercayaan & persetujuan kita bersama.   Tahun demi tahun, rezki kita semakin bertambah. Satu yang pasti, pendapatan bulanan/tahunan aku sentiasa melebihi dari pendapatan engkau, iaitu sekitar nisbah 2/3 & 1/3. Setiap kali mendapat bonus, pasti aku mendapat jauh lebih banyak. Sebahagian untuk melunaskan jika ada apa2 hutang tertunggak. Selebihnya aku akan menyimpan ke akaun ASB kita. Pasti aku akan menyimpan lebih sedikit dalam akaun engkau sebab berulang kali aku nyatakan yang aku sangat sayangkan kau.  

Pada tahun 2007, memandangkan engkau mempunyai penyakit lelah dan alegik dengan bau asap rokok, aku telah nekad untuk berhenti merokok. Memikirkan juga untuk kesihatan diriku dan juga mengelakkan pembaziran berterusan, akhirnya aku telah berjaya meninggalkan tabiat ini.  Aku telah membeli sebuah basikal lumba dan mulakan kembali sukan ini sebagai satu riadah untuk menjaga kesihatan. Setelah terlibat kembali dalam sukan lumba basikal yang aku pernah ceburi secara serius semasa zaman persekolahan sekitar 1984/85 dulu, aku menyertai pula sebuah kelab lumba basikal, Bukit Jelutong Cycling Club, atau BJCC.  Setiap hari sabtu, bermula 7am hingga 12 tengahari, kami akan mengadakan latihan berkumpulan, untuk mengayuh pada jarak kira-kira 100km. Kebiasaannya, ketika pulang, kau masih tidor. Selepas mandi, kita akan bersiap untuk pergi makan2, shoping atau menonton wayang.  Kehidupan kita begitu bahagia. Hampir setiap hujung minggu, pasti ada saja aktiviti kekeluargaan seperti makan di restoran2 pilihan, menonton wayang dan sebagainya. Kekadang, ada perlumbaan2 di luar Selangor yang disertai oleh BJCC. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta dikehendaki bermalam di hotel2 berhampiran lokasi perlumbaan. Kau bagai berat untuk mengizinkan aku menyertainya kerana beranggapan seandainya aku menyertainya, aku seolah2 pentingkan diri sendiri untuk bersuka tanpa melibatkan keluarga. Demi menjaga hati dan perasaan kau, aku tidak pernah sekalipun menyertainya.

Abah (pak mertuaku) adalah seorang bekas British Army, bekerja hotel KL Hilton sebagai bell boy dan pencen pada 2000. Emak (ibu mertuaku) pula bekerja sebagai housekeeper di Hotel Istana. Pada  tahun 2000, selepas bersara, mereka telah membeli sebuah  rumah (apartment) di Bangi pada harga sekitar rm60k. Pada 2003, aprmnt ini telah siap namun mereka tidak tinggal di sini. Mereka terus menetap di Flet Sri Melaka, kepunyaan DBKL. Oleh kerana abah/mak mengalami masalah kewangan, installment bulanan  rumah ini sebanyak RM450  tidak mampu dibayar secara konsisten. Emak pula berhenti kerja tidak lama selepas abah berhenti kerja. Emak berhenti kerana menghadapi masalah kesihatan yang berpanjangan setelah menjalani pembedahan fibroid. Aku masih ingat, ketika bekerja dulu, emak selalu mengadu yang dia selalu terpaksa bekerja lebih masa tetapi bayaran kerja overtimenya selalu dinafikan majikan. Aku pernah membawa emak ke ibupejabat Perkeso untuk membuat aduan, tetapi usaha itu tidak berhasil.

Aku mengajak emak tinggal bersama2 dengan kita. Dengan ini, anak2 kita mula dijaga oleh neneknya sendiri. Sejak 2004, aku cuba sedaya upaya membayar segala tunggakan rumah ini, mendapatkan penyewa &  setiap bulan menyerahkan seluruh hasil kutipan sewa kepada emak. Oleh kerana emak begitu berhajat untuk mengumpul wang bagi mengerjakan haji, hampir semua hasil kutipan sewa dimasukkan ke akaun tabung hajinya manakala aku pula membayar installment rumah di Bangi ini sebanyak rm450 sebulan.  
Apabila emak tinggal dengan kita, dia dikehendaki membuat medical check up berjadual untuk darah tinggi/kencing manisnya. Aku beberapa kali mengambil time off untuk membawa emak ke Klinik Kesihatan Sek 7 Shah Alam selama tinggal dengan kita. Biasanya aku akan membawa menaiki motosikal kerana engkau pergi kerja dengan kereta. Aku tidak ingat samada anak2 emak yang lain pernah membawa emak pergi membuat medical check up ini. Ketika itu, perkara ini tidak menjadi apa2 masalah padaku, kerana aku menganggap emak seperti ibu kandungku sendiri.  

Selepas pencen pada 2000, dengan wang EPF yang diperolehi sejak bekerja di KL Hilton pada tahun 1972, abah telah mula berjinak2 untuk bermain saham di BSKL.  Emak memang membantah tindakan abah tapi tidak berjaya menghalangnya. Dalam keterpaksaan, emak mengalah.  Aku difahamkan beberapa bulan kemudian, semua pelaburan abah berjumlah puluhan ribu ringgit telah lebur di sini. Hakikatnya abah memang cetek pengalaman bermain saham BSKL tetapi memandangkan jiran abah/mak di Flat Sri Melaka, iaitu Mr Santokh telah lama main saham dah selalu menceritakan keuntungan yang diperolehinya, abah menjadikannya sebagai idola dalam permainan saham BSKL.

Seterusnya abah telah  sewa/beli sebuah teksi & menjadi pemandu teksi. Bagaimanapun, pendapatannya tidak seberapa dan hanya mampu untuk menyara dirinya sendiri.
Aku masih ingat, ketika hendak menghadiri temuduga  untuk memperolehi permit teksi individu, abah dikehendaki mempunyai sekurang2nya rm3000 dalam akaunnya. Ini harus ditunjukkan ketika sessi temuduga. Jadi, abah meminjam dengan aku sebanyak rm3000 dan berjanji untuk memulangkannya sebaik saja temuduga selesai. Sehari selepas selesai, kita ke rumah abah. Dengan muka selamba,abah berkata yang dia telah terguna rm300 dan hanya mampu untuk pulangkan sebanyak rm2700.  Sejak hari itu, tahap hormat aku terhadap abah mulai terhakis. Aku labelkan abah sebagai seorang yang tidak boleh memikul amanah & tidak boleh begitu dipercayai.

Apabila teksi ini mengalami kerosakan, bayaran terhadap syarikat teksi yang disewanya mulai terjejas. Teksi ini ‘ditarik’. Abah mula menggadai barang2 kemas emak serta terjebak dengan hutang2 dengan ah long. Kekadang bila emak menghulurkannya duitnya kepada abah untuk membayar instalment rumah Bangi, abah secara diam-diam tidak melunaskannya sebaliknya digunakan untuk tujuan lain seperti melangsai hutang bulanan Ah Long, membayar hutang bulanan sewabeli teksi atau untuk membaiki kerosakan teksi. Perkara ini diceritakan oleh emak kau sendiri setelah kecewa dengan sikap abah. Bila gagal melunaskan hutang2 ini, abah mulai menjadi buruan ah long. Tidak tahan dengan tekanan ini, dia melarikan diri ke kampong halamannya di Muar, tinggal dalam sebuah pondok  dan menjadi penoreh getah. 

Setelah emak memaklumkan yang abah menggadai barang kemasnya, aku berusaha menebusnya kembali. Pertama kali  dalam hidup, aku menjejak kaki ke kedai pajak gadai di Jalan Pudu. Semua barang2 kemas ini akhirnya berjaya ditebus semula.

Sepanjang menguruskan ‘masalah’ rumah Bangi ini, aku sebenarnya banyak kali amat berkecil hati dengan kata2 dari abah/mak namun aku pendamkan sahaja.  Sejak mula  mengambilalih masalah ini, tiada seorangpon adik beradik kau yang berminat untuk mengetahuinya apatah lagi membantuku menangani masalah rumah ini. Akupon tidak begitu mengharapkan bantuan kerana menganggap diriku seperti anak sulong dalam keluarga engkau dan harus memikul semua masalah ini.   Aku memikirkan yang aku berjauhan dengan ibu kandungku sendiri. Ibuku  yang sudah uzur turut dijaga oleh anak2 dan menantunya. Jadi, aku yakin yang aku pula dipilih oleh Allah untuk  lebih berbakti pada mertua aku.  Aku sedar mertua aku bukannya orang yang senang.

Di peringkat awal mengambil alih tugas menguruskan rumah Bangi ini, aku berusaha mencari penyewa. Bila mendapat penyewa, aku dipersoalkan emak/abah kerana tidak mengambil apa2 deposit dan memberikan sewa pada kadar yang rendah. Diri aku terasa seolah-olah diperbodohkan.  Hakikatnya, kadar sewa yang aku tetapkan adalah pada nilai pasaran ketika itu. Setelah itu, tiba2 rumah itu mengalami masalah dengan bingkai2 kayu yang reput dimakan anai2 serta hampir keseluruhan permukaan lantai tiba2 bagai meletup dan terangkat.  Penyewa meninggalkan rumah ini. Tempoh jaminan dengan pemaju telah berakhir. Ini bermakna mereka tidak lagi akan menanggung masalah ini. Aku berjuang berseorangan, berulang alik ke Bangi, bergaduh dengan pemaju sehingga akhirnya mereka tunduk dan atas budibicara, mereka telah membaikpulih kerosakan ini.  Perjuangan aku menuntut hak telah tercapai dan aku berasa gembira.Setelah itu, aku berjaya mendapatkan penyewa baru. Sekali lagi aku bagai diperbodohkan kerana kononnya meletakkan kadar sewa yang rendah. Penyewa pula selalu lambat membayar sewa bulanan. Aku terpaksa menghadapi karenah penyewa dan tekanan dari mertua aku. Ternyata, abah/mak hanya fokuskan ‘hasil’ dari rumah ini tetapi segala masalah diletakkan ke bahu aku.  

Bila simpanan akaun tabung haji emak mencecah RM2k,  namanya didaftarkan sebagai calon haji untuk tahun 2018. Pada tahun 2010, emak mengambil keputusan untuk pulang ke kampong halamannya di Seremban, setelah hampir 6 tahun tinggal bersama kita. Begitu juga dengan abah, yang berhijrah dari Muar ke Seremban.  Aku rasa gembira kerana abah/emak kembali bersatu di bawah satu bumbung. Sebelum ini, kekadang  aku risau andainya ada orang2 yang tidak mengerti, mungkin akan salah anggap kononnya  abah/mak telah berpisah kerana tidak tinggal sebumbung. Aku juga risau andainya ditohmah kononnya menjadikan emak seperti orang gaji.



Atas kehendak emak/abah,  aku disuruh untuk menjual rumah Bangi. Hampir setahun berusaha pelbagai cara, aku telah berjaya mendapat pembeli. Sekali lagi aku dipersoalkan kerana dikatakan meletakkan harga yang murah. Hakikatnya, aku menjual pada nilai pasaran semasa, dan hanya berjaya mendapat pembeli setelah berusaha pelbagai cara hampir setahun.  Aku berurusan sendiri dengan lawyer mengenai segala proses/urusan jual beli ini. Ketika urusan dengan lawyer masih berjalan dan dijangka akan memakan masa antara 6 bulan hingga setahun,  rumah di kampong (Seremban) dalam proses ubahsuai. Abah/mak telah mengumpul wang dari pelbagai sumber seperti baki simpanan EPF mak, akaun tabung haji mak, gadai barang kemas, personal loan dari Dayah (adik bongsu engkau).  Dayah telah membuat loan Bank Rakyat sebanyak rm70k. Sebahagiannya digunakan untuk kos perkahwinannya dan sebahagian lagi untuk menampung kos ubahsuai rumah ini.  Emak telah menetapkan untuk meletakkan nama Dayah sebagai pemilik gerah tanah bagi rumah ini. Bila terdesak untuk dapatkan wang tambahan bagi ubahsuai rumah ini, abah/mak mula mendesak lawyer ini untuk mempercepatkan proses supaya wang hasil jualan rumah dapat diperolehi dengan segera. Aku menjadi segan dengan lawyer ini atas campurtangan mak/abah. Mereka tidak faham prosedur tetapi hanya menggasak lawyer dengan bertanyakan soalan  seperti “bila boleh dapat wang?”  Aku yakin lawyer telah menjalankan tugas mengikut prosedur, tetapi terus diberi tekanan oleh abah/mak. Kelewatan pembayaran bukan disebabkan oleh kelemahan lawyer tetapi kerana prosedur2 yang wajib dipatuhi di luar kawalan lawyer. Akhirnya, urusan penjualan rumah Bangi selesai, mak telah memperolehi wangnya kira2 rm20k  & ubahsuai rumah di Seremban diteruskan hingga selesai.

Sebagai anak2 dan menantu, pasti kita rasa gembira setiap kali pulang ke kampong ini kerana melihat abah/mak begitu bahagia tinggal sebumbung dalam sebuah rumah yang selesa. Namun jauh di lubuk hatiku, rasa sedikit terkilan kerana wang simpanan di Tabung haji emak telah habis dibelanjakan untuk ubahsuai rumah ini, namun ianya bukanlah menjadi masalah pada diriku. Itu adalah hak emak, terpulanglah pada emak ke mana wang itu nak dibelanjakan.

Pada penghujung 2010, aku sekeluarga telah pulang ke Kedah untuk bercuti. Perasaan aku tiba2 terasa begitu rindu dengan ibu kandung ku yang agak jarang aku jengok sebelum ini. Sejak terlibat dengan kemalangan jalanraya sekembalinya pulang dari rumahku di bukit Beruntung ke Kedah pada musim aidilfitri 2003 yang telah meragut nyawa ayah kandungku, ibuku mengalami kecederaan patah tulang tangan dan kaki. Beberapa batang besi telah dimasukkan ke tangan & kaki untuk menyokong tulang2nya yang patah. Pergerakannya agak terbatas & terpaksa mendapat bantuan untuk pergerakan. Sebagai anak bongsu,aku sememangnya lebih manja dengan ibuku.      

Ketika bertemu ibuku, dia nampak begitu sihat. Sekalipun usianya telah meningkat 78 tahun, aku selalu bergurau dengannya menyatakan yang dia mampu hidup hingga 100 tahun. Setelah puas bermanja dan bergurau dengan ibuku, kita pulang ke Shah Alam.  2 hari selepas itu, aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan ibuku sakit tenat. Kita segera pulang.  Dalam perjalanan, aku dmaklumkan yang ibuku telah pergi selama-lamanya. Aku redha. Aku tidak menangis sekalipon inilah insan yang paling aku sayang. Aku sedar yang Allah lebih menyayangi ibuku. Ibuku telah selesai peranannya membesarkan kami 8 beranak. Dia adalah ibu yang paling setia dengan suaminya, iaitu arwah bapaku.

Setiap kali ketika memandu jauh dan kau terlelap di sebelahku, aku akan menyuruh anak2 kita supaya jangan bising, dan mematikan radio.  Aku juga berusaha mengelakkan dari banyak menekan brek dan memandu lebih cermat supaya tidur kau tidak terganggu. Bila kau terjaga, aku akan bertanya,”puas tak tidur tadi” Andainya aku benar-benar mengantuk & kau pula telah puas tidur, baru aku akan membenarkan kau mengambil giliran untuk memandu.


Awal 2011, kau telah terpilih untuk menghadiri kursus anjuran majikan di China selama lebih seminggu. Sebagai suami, aku turut rasa bangga. Bukan mudah untuk mana2 pekerja mendapat peluang seperti itu.  Aku tidak ada masalah untuk memantau segala keperluan anak2 kerana memang akulah yang selalu membuat segala kerja rumah seperti mencuci pakaian, mengampai, melipat & seterika. Jadi, tiada tambahan tugas buatku, melainkan tugasku berkurangan kerana tidak perlu untuk menguruskan pakaian2 kau.

Soal makan, sememangnya sejak dulu engkau hampir tidak pernah memasak. Sejak kahwin kita sudah terbiasa makan diluar.  Biarpun aku dah banyak kali pernah menyatakan yang aku tidak cerewet soal makanan. Aku pasti gembira dan memberikan sepenuh sokongan andainya engkau memasak respi yang paling simple seperti sardine, telur goreng dan sedikit sayur, tapi aku hampir tidak pernah merasainya.   
Disebabkan aku sangat sayangkan engkau, aku tidak pernah menjadikannya sebagai satu masalah rumahtangga apatah lagi menceritakan kepada sesiapa. Tiada seorangpon adik beradikku yang mengetahui perkara ini.

Sekitar 2011 juga, emak & abah berhasrat untuk mengusahakan tanah emak di kampong untuk tanaman getah. Emak menyatakan tanah itu bakal ditukarkan hak miliknya kepada engkau. Segala kos untuk menyediakan tanah ini bagi tanaman getah adalah hampir rm5k. Kita bersetuju dan seterusnya menyediakan peruntukan ini. Aku tidak fikir langsung soal pemilikkan tanah ini terhadap engkau sebaliknya merasakan ianya dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan abah/mak dan mungkin juga apabila getah ini sudah besar dan boleh ditoreh, sesiapa saja dari saudara mara kita boleh menoreh di sini. Aku juga mungkin tinggal di kampong dan menoreh getah selepas pencen & ketika anak2 kita telah berdikari.


Sebelum bulan Ramadzan 2011, kau berazam untuk memasak setiap kali pulang bekerja. Aku begitu gembira dengan azam ini. Kita telah membeli periuk nasi yang baru serta segala keperluan2 dapur. Hari demi hari, aku membantu engkau memasak dan kita sekeluarga makan di rumah untuk berbuka. Bagaimanapun, kita akan bersahur di luar, kebiasaannya di gerai arwah Bob Kuman di Kota Damansara. Ini kerana Luqman sukakan nasi goreng buncit. Bila hampir separuh Ramadzan berakhir, aku menyuruh kau menjemput Fatin/Ayui (adik & adik ipar kau) datang berbuka di rumah kita kerana kau sudah mula memasak. Ayui hanya ketawa sinis dan mempersoalkan “reti ker kakak memasak ni?” Sekalipon bergurau, aku memang marah kerana memperkecilkan kebolehan isteriku. Engkau tentu ingatkan.  Tentu engkau tahu, sejak dari dulu,aku pasti tidak boleh terima sesiapa saja yang menyakitkan hati engkau, samada engkau dipihak bersalah apatah lagi di pihak benar. Tentu engkau ingat bagaimana aku pernah menegur seseorang di restoran kerana merokok. Alasan yang aku berikan, isteriku ada lelah dan tidak tahan dengan asap rokok. Pernah juga ada orang2 tertentu dengan sinis menyatakan "apasal Lin ni makin gemuk?" Selepas melahirkan Danial, berat badan kau telah naik melebihi 100kg. Aku cukop marah dengan statement2 yang boleh meyinggung perasaan aku dan kau. Lantas aku akan menjawab dengan kata2 seperti " Lin gemuk bukan sebab kuat makan..hormonnya tak stabil lepas melahirkan Danial"  Dengan tindakan2 aku ini, aku harap engkau dapat menilaikan betapa sayangkan aku terhadap diri engkau.

Memandangkan kau punyai masalah tidor malam yang berdengkur kuat serta masalah lelah yang kronik, aku sedaya upaya menjadikan bilik/rumah kita bebas dari abuk. Kita telah membeli alat pembersih udara dalam bilik tidur berharga lebih seribu ringgit. Aku juga selalu lap abuk yang melekat pada bilah kipas, dan mencuci/service econ dari segala abuk/sawang. Aku tidak pernah melihat kau melakukannya sendiri. Aku juga selalu mengelap segala abuk di bawah katil dan di dalam bilik. Ketika melakukan semua ini, dalam pemikiran aku hanya satu; semoga bilik/rumah kita bebas abuk, kau selesa dan tidak terkena serangan lelah. Aku tidak pernah terlintas lakukannya untuk kesihatan diri aku sendiri meskipon aku akan alami bersin2, sakit tekak & merah mata ketika menjalankan tugas2 ini. Kau juga kerap mengalami batuk2 sejak awal perkahwinan lagi. Aku tidak pernah menjadikan batuk dan dengkur kau sebagai masalah yang boleh mengganggu tidur aku. Sebaliknya, kau tentu ingat, aku selalu berkata, andainya di tengah malam kau terasa hendak batuk2, jangan tertahan-tahan.Jangan takut ianya mengganggu tidur aku. Aku juga selalu berkata yang aku jadikan dengkur kau sebagai alunan yang mendodoikan aku tidur. Kau juga punyai masalah kekejangan kaki secara tetiba ketika tidur. Andai tersedar, aku pasti segera bangun dan membantu kau menangani kekejangan ini. Aku tidak pernah mengeluh, malah membuatkan diriku semakin sayangkan kau.

Aku akui yang aku jarang memberikan hadiah harijadi atau ulangtahun perkahwinan. Setiap kali tiba tarikh2 penting ini, kita akan makan di restoran2 yang mahal sebagai menyambut ketibaan tarikh2 penting buat kita. Aku anggap dan yakin yang engkau bukan menilaikan kasih sayang aku dengan pemberian2 hadiah di hari2 tertentu, tetapi dengan perhatian dan kesetiaan aku terhadap engkau.

Tidak lama selepas Luqman selesai menduduki UPSR, iaitu awal Okt 2011, kau ada menyatakan hasrat untuk  membeli produk terbaru untuk menguruskan badan, iaitu Milellia. Kos produk ini berharga lebih RM4000. Setelah berbincang, aku membenarkannya. Sejak dahulu lagi, aku memang bersimpati dengan engkau. Bagi aku, kau bukanlah dikategorikan sebagai kuat makan tetapi disebabkan selalu mengambil ubat2 lelah yamg mengandungi steroid, apatah lagi hormone yang tidak seimbang,  berat badan kau telah naik hingga melebihi 100kg.  Kau juga hampir tidak pernah datang period sejak melahirkan Danial, dan pernah beberapa kali berjumpa pakar sakit puan namun tiada ubat yang berkesan. Doktor hanya menasihatkan kau kuruskan badan kerana keseimbangan hormone boleh tercapai apabila berat badan mencapai had BMI.

Tahun 2009, kau mengambil produk Herbalife yang bernilai lebih rm4000, namun hanya sebahagian saja kau menghabiskan produk ini. Ianya gagal. Seterusnya kau ada mengambil produk Dr Rozmi & produk London Weight management yang juga bernilai lebih rm4000. Semuanya gagal.

Setelah mengambil produk Milelia pada awal Okt 2011, kau kelihatan begitu bersemangat. Kau juga rajin untuk bersenam, iaitu berjalan laju atas treadmill, di rumah.  Setiap pagi, pasti aku begitu teruja untuk melihat bacaan berat badan kau. Dari minggu ke minggu, berat badan kau makin berkurangan. Bermula dari 106kg, bulan demi bulan, kau terpaksa banyak membeli pakaian2 baru kerana pakaian2 sedia ada tidak muat lagi.  Aku begitu gembira dan sebagai suami, sememangnya aku berasa bangga.

Pada awal oktober juga, kau ada menyatakan hasrat untuk  pergi melancung ke Korea. Kau nyatakan bahawa seorang lama (perempuan) sekolah kau ada bekerja di sana. Engkau hendak pergi ke sana dengan seorang rakan perempuan lain. Aku sememangnya langsung tidak setuju. Bukannya kerana tidak yakin dengan kau. Aku amat kagum dan yakin dengan kebolehan kau untuk survive berseorangan di luar negara. Februari 2011, ketika berkursus di Shenzen, China, kau berseorangan telah pergi ke Hong Kong. Sebelum itu juga kau pernah pergi ke Bangkok & Singapore atas urusan kursus anjuran majikan.


Aku berkeras tidak setuju dengan permintaan kau dengan menyatakan yang kita harus mengumpul wang dan pergi bercuti sekeluarga penghujung 2012, iaitu selepas Danial selesai UPSR.  Sebelum inipon, kita sekeluarga pernah melancung ke Langkawi, Bandung (2010), Sabah(2008) menaiki kapal terbang. Ke Singapore dan Thailand pon kita pernah pergi menaiki kereta. Aku bukanlah terlalu bakhil. Untuk menikmati keseronokan percutian, biarlah menikmatinya sekeluarga dan kita punyai cukup bajet untuk itu.

 Buat sementara, kau mendiamkan diri dulu namun beberapa minggu kemudian engkau merayu lagi. Pada satu hari, ketika aku sedang sibuk di pejabat, kau menghubungi aku, terus memujuk untuk menempah tiket secara online. Akhirnya aku berkata “sukahati Lin lah..”  Kau terus menempah tiket untuk terbang ke Korea untuk 6/1/12 hingga 16/1/12.  Penghujung 2011, kita sekeluarga pergi bercuti ke Kedah. Kita bermalam di Pulau Pinang dan menikmati pelbagai nasi kandar.  Seterusnya kita bermalam di Gunung Jerai dan menziarah sedara mara aku di Jitra & Sg Petani.


Satu sifat kau yang menyakitkan hatiku, engkau jarang membuang segala tisu & kapas mencuci muka ke dalam tong sampah. Akupon sudah jemu untuk mengulang nasihat yang sama.  Kalau aku tegurpon, jawaban biasa kau, “Lin tahula nak buat”. Seperti sudah menjadi rutin harianku untuk  mengutip segala sampah2 ini di merata-rata tempat di bilik tidur kita & membuang ke tong sampah. Ini belum kira lagi rambut2 kau yang sentiasa gugur dan memerangkap laluan air keluar di bilik air. Setiap kali mandi, pasti aku membersih & membuangnya. Seingat aku, belum pernah melihat engkau dengan sukarela menyalin plastic tong sampah & membuangnya ke dalam tong sampah besar di luar rumah, sekalipon tong sampah di bilik kita telah sarat dengan sampah2 sisa kosmetik  kau.  Menyapu lantai dan mop, rasanya aku tak pernah lihat kau buat. Apatah lagi kerja2 seperti mengelap bilah kipas, cuci penapis econ dsb. Apabila aku mencuci pakaian setiap hari, engkau menasihatkan aku agar mencuci selang dua atau 3 hari sekali tetapi aku sememangnya tidak boleh melihat kain baju yang kotor dibiarkan lama.  Setiap malam, aku pasti akan seterika pakaian sekolah kebangsaan & pakaian sekolah agama Luqman & Danial serta pakaian2 aku. Aku hanya mencuci pakaian2 engkau tetapi menghantarnya  ke kedai dobi untuk diseterika. Pernah aku cuba menduga kau dengan hanya mencuci pakaian aku, Luqman & Danial saja untuk beberapa hari & membiarkan pakaian2 kotor engkau begitu saja. Selepas pakaian kotor engkau semakin banyak & engkau kelihatan tidak pedulikannya, aku terpaksa mengalah dan mencucinya.  Ketika musim hujan, aku memasang ampaian sementara di dalam rumah. Engkau beberapa kali menegur aku kerana mencacatkan pemandangan. Aku terpaksa melakukannya kerana tiada pilihan lain. Rutin ini telah berlarutan bertahun2 & aku telah terbiasa & tidak merasakannya sebagai satu beban, apatah lagi untuk menceritakannya kepada orang lain.


Seperkara lagi, sudah bertahun-tahun lamanya, engkau terikat dengan tugas standby selama 31 hari sebulan. Ini bermakna pada bila-bila masa kau terpaksa hadir ke pejabat apabila dikehendaki tanpa mengira siang atau malam.  Dalam seminggu, beberapakali ekau dikehendaki hadir ke pejabat untuk tugasan sebelah malam. Biasanya tugas itu bermula pukul 12 malam dan berakhir 6 pagi. Seandainya ada tugas malam, kau akan tidor dahulu antara jam 9 malam hingga 11 malam. Ketika itu, aku akan memantau anak2 kita supaya tidak membuat bising agar kau dapat tidor yang berkualiti. Aku amat bersimpati dengan kau menghadapi tugas2 ini dan selalu menyuruh kau meminta jasa baik majikan agar membenarkan kau bekerja hanya pada waktu pejabat. Aku percaya, atas faktor budi bicara, majikan pasti boleh mempertimbangkannya. Tidak sesuai untuk seorang wanita bergelar isteri & mempunyai anak2 untuk bekerja siang dan malam. Sememangnya tidak manis, dan mungkin pula boleh mengundang pandangan sinis masyarakat kononnya aku memaksa isteri bekerja teruk siang dan malam sedangkan aku bersenang-senang di rumah. Hakikatnya, aku dah beberapa kali maklumkan, andainya tidak mampu mengelak daripada kerja2 malam & standby 31 hari sebulan, lebih baik berhenti kerja sahaja. Kita menyesuaikan hidup dengan pendapatan aku sahaja. Bagaimanapun,  kau akan memberikan pelbagai helah, kononnya  apa guna berpendidikan tinggi andainya tidak bekerja. Tambahan pula, bagi kau, memohon untuk dikecualikan dari tugas standby bakal mengundang risko diberhentikan kerja.  Kau mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk.  Sudah banyak kali kau dimasukkan ke hospital kerana masalah lelah & slip disc.  Kau juga mempunyai masalah hormon yang tidak stabil. Aku yakin andainya berbincang secara hati ke hati, majikan tidak terlalu kejam dan pasti boleh mempertimbangkannya. Aku juga pernah menyuarakan hasrat untuk berjumpa dengan ketua jabatan ngko, agar dapat mempertimbangkan untuk mengecualikan kau dari tugas standby & tugas2 khas sebelah malam, namun kau memarahi aku. Alasan kau, jangan dicampur adukkan soal peribadi dan kerja. Aku akur dan mengalah. Demi sayang dan kesian dengan kau, setiap malam kau pulang kerja, aku akan periksa paras petrol kereta, dan andainya hampir habis, aku akan keluar untuk mengisi penoh tangki minyak. Aku kesian dan sayangkan kau, dan cuba membantu segala rutin harian kau setakat yang aku mampu.

Awal 2012, kau menyatakan yang mahu menyimpan sendiri kad ATM engkau. Setelah bertahun tahun aku  menyimpannya atas persetujuan bersama, kini kau telah meminta untuk menyimpannya sendiri. Aku tidak ada apa2 masalah untuk menyerahkannya kembali kepada kau kerana selama ini pon, aku begitu amanah dan tidak pernah sekalipun menyalahgunakan untuk mengeluarkan wang kau tanpa pengetahuan engkau. Segala transaksi akan diterangkan kepada kau. Jadi, aku terus menyerahkannya kepada engkau.
Memasuki tahun 2012, keadaan lelah kau agak teruk. Beberapa kali kau terpaksa membuat nebulizer. Aku mula risau kerana tarikh kau berangkat ke Korea makin hampir. Kau meyakinkan aku yang kau akan membawa bekalan ubat2 yang secukupnya dan aku tidak perlu risau.   6/1/12, aku bersama-sama Luqman & Danial menghantar engkau ke KLIA. Seperti biasa, kita bersalaman & cium tangan. Aku mengucapkan ‘selamat bercuti’ & berjanji akan menyambut kepulangan engkau pada 16/1/12. Ketika di Korea, kau beberapa kali menghubungi dengan email atau skype. Tiada perkara lain yang aku risaukan melainkan masalah lelah kau. Kau berkata, Alhamdulillah, sejak berada di Korea, tidak sekalipon kau kena lelah. Itu sudah cukup menggembirakan aku dan berharap kau bercuti dengan gembira.

 Selama kau bercuti, aku tidak ada masalah untuk memantau & memenuhi segala keperluan anak2. Tidak ada perbezaannya dari segi bebanan tugas samada engkau ada atau tiada di rumah. Aku dah bertahun-tahun melakukan kerja2 rumah tanpa bantuan malah aku rasakan lebih mudah untuk menyusun semula dan mengemas semua barangan di rumah semasa ketiadaan engkau.  Aku bukanlah jenis lelaki atau suami yang suka menghabiskan masa di luar. Selesai tugas di pejabat, biasanya sekitar 6pm aku sudah berada di rumah.   Waktu malam,  pasti aku akan berada di rumah. Aku lebih seronok berada bersama keluarga di rumah berbanding dengan kebanyakkan rakan2 ku yang lebih suka bersosial di luar.



16/1/12, aku menyambut kepulangan kau di KLIA. Selepas itu kau mula diserang lelah. Kau dimasukkan ke hospital beberapa hari. Setiap hari pasti aku menziarah kau dan menyediakan segala keperluan harian. Selepas keluar dari hospital, beberapa hari selepas itu kau dikehendaki mendapatkan rawatan susulan.Kau dikehendaki hadir ke hospital antara jam 9 malam hingga 3 pagi untuk 2 kali sessi nebulizer.


Memasuki Februari 2012, kau menyatakan padaku yang kau terpilih untuk menyertai kursus selama 3 hari sebuah hotel di Port Dickson.  Kursus ini bermula pada hari Sabtu, 25/2/12 dan berakhir pada hari Isnin, 27/2/12.  Kursus ini dianjurkan oleh vendor Huawei & ianya dirahsiakan dari pihak majikan.

Selepas itu, kita mendapat khabar gembira. Luqman menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh, iaitu SBPI Gombak. 15/2/12, kita sama-sama telah menghantar & mendaftarkannya. Pada hari Jumaat 24/2/12, Luqman telah jatuh sakit dan mendapat MC hingga hari rabu berikutnya. Kelengkang kakinya terkena jangkitan seperti kurap dan teruk melecet. Aku segera teringat, sejak darjah 2 hingga 5, setiap malam sebelum tidur,aku pasti akan menyapu krim di celah kelangkangnya sehingga sembuh, iaitu selama empat tahun. Kau amat jarang melakukan tugas ini. Setelah lebih setahun pulih, kini masalah itu telah berulang. Kali ini aku tidak dapat menjaganya saban hari kerana Luqman telah tinggal di hostel. Aku benar2 risaukannya tetapi kau tidak begitu kesah.  Selepas pulang dari hostel mengambil Luqman, kau keluar semula kerana ada temujanji di Milellia untuk buat rawatan kecantikan.   

Keesokkannya, iaitu  tengahari 25/2/12, kau telah mencuci kereta, mengosongkan segala barang2 dalam bonet kereta, dengan penampilan yang cukup cantik dan menarik, setelah bersalaman & cium tangan, kau telah pergi menghadiri kursus yang yang kau maksudkan itu. Sebelah malamnya, kau hubungi aku dengan menggunakan talian hp Maxis. Kau nyatakan yang simkad Celcom kau telah rosak, dan selama berkursus, kau telah meminjam hp seorang pekerja Huawei. Lewat petang hari Isnin, 27/2/12, kau hubungi aku dengan menggunakan no talian hp asal kau. Kau nyatakan telah memperolehi ganti simkad yang rosak itu dengan bantuan seorang pekerja Celcom yang sama2 berkursus dengan kau. Kononnya simkad gantian ini diperolehi dari  Celcom TTDI Branch.


Memasuki Mac 2012, aku mula dapati kau seolah-olah tidak mempedulikan aku tanpa sebab, Aku tidak dapat merasakan lagi kemesraan dan gurau senda seperti selalu. Pada 14/3/12, kau telah keluar bertugas seperti biasa. Sebelah malamnya, kau menghubungi aku menyatakan yang kau tidak dapat pulang ke rumah kerana ada masalah yang belum selesai di pejabat. Sehingga keesokkan harinya, kau masih tidak pulang. Aku pergi bertugas seperti biasa pada pagi 15/3/12. Kira2 jam 10am, aku berasa seperti tidak sedap hati. Aku menghubungi kau, dan dari suara kau seperti sedang merengek di tempat tidur, kau nyatakan yang kau masih di tempat kerja. Kau meminta supaya aku tidak risaukan kau. Selepas itu, secara spontan, terlintas di hatiku aku untuk trace lokasi hp kau sedang aktif. Begitu terperanjat, aku dapati hp kau aktif di Genting Awana Indoor. Ini bermakna kau berada di dalam bangunan Genting Awana. Sepatutnya, no kau aktif di kawasan Kepong, iaitu lokasi tempat kau bekerja. Aku menghubungi kau lagi dan menyatakan mengenai perkara itu. Dengan selamba, kau nyatakan mungkin ada kesilapan teknikal dalam sistem pengesan. Buat sementara, aku mempercayainya. Selepas itu, aku pulang ke rumah dan mendapati Danial tidak pergi ke sekolah. Aku hubungi kau lagi, dan kau nyatakan bahawa sebentar tadi kau telah balik ke rumah dan keluar semula. Bila aku nyatakan yang Danial sejak pagi berada di rumah tetapi tidak nampakpon yang kau ada pulang ke rumah, kau terus cakap yang bukan2. Aku mendesak kau, andai benar kau berada di Kepong, aku menyuruh kau menghubungi aku dengan gunakan talian tetap di Kepong. Aku mahu melihat no talipon talian tetap di Kepong tertera di hp aku, sebagai bukti yang kau berada di Kepong. Kau enggan dan terus berdalih memberikan pelbagai alasan, dan terus mematikan talian hp kau.


Sebelah malamnya, apabila pulang ke rumah, kau menceritakan padaku yang sebenarnya selepas selesai tugas pada pagi 15/3/12, seorang rakan baik kau, iaitu Zeti, telah mengajak kau pergi ke Genting dan tidor di sana. Ini kerana Zeti telah menempah hotel di situ dan mahu tidor disana setelah penat bekerja melebihi 24 jam. Kau pergi dengan kereta Zeti. Buat seketika, aku berasa cukup lega dan percaya dengan penjelasan kau.

Beberapa hari selepas itu, kau bertugas malam lagi. Dari tempat kerja, kau ada sms aku meminta aku melepaskan kau dengan cara yang baik.  Alasan kau, aku adalah suami yang baik tetapi kau bukanlah perempuan yang baik. Aku sangkakan kau bergurau, tetapi selepas beberapa kali berbalas sms, aku nampak yang kau serius. Air mataku mula mengalir dengan ujian yang tidak disangka-sangka ini. Keesokkan harinya, iaitu 19/3/12, aku mengambil cuti kecemasan dan mengajak kau pulang ke Seremban. Aku mahu menjelaskan perkara ini pada mak dan abah. Sampai di Seremban, aku lebih banyak menangis. Kau pulak banyak mendiamkan diri. Mulanya abah bagai hendak memukul kau. Emak berulang kali berkata, “apa dah jadi dengan kau ni dik, kalau berpisah kau takkan dapat laki sebaik Ali”. Akupon berkata pada abah, “abah, kalau ini kehendak Lin, saya mahu mak dan abah menjadi saksi untuk lafaz ini”. Seterusnya emak kata “jangan Ali, fikirkan Luqman & Danial nanti macam mana” Saya hanya menyatakan, Lin dah tak sayangkan saya lagi, apa boleh saya buat. Di depan abah/mak, aku merayu kau memeluk dan meminta maaf padaku andainya kau masih memerlukan aku lagi, tetapi kau tetap membatu. Akhirnya kita pulang begitu sahaja.

Petang itu, selepas pulang, keadaan bagai menjadi reda. Kau nyatakan yang kau dah lama terasa tidak sayangkan aku lagi, dan aku harus berikan kau sedikit masa untuk belajar meyayangi aku kembali. Fikiran aku makin bercelaru. Aku tidak tahu punca2nya. Aku  mengajak kau pergi shopping untuk membeli pakaian2 kau. Seingat aku, lebih dari rm500 untuk petang itu saja, membeli pakaian2 kau di Subang Parade. Aku setia menemani kau.

Aku sangkakan keadaan akan kembali pulih, tetapi merasakan kau terus bagai tidak pedulikan aku. Aku dapat merasakan yang kau mengganggap aku bagaikan tidak wujud dalam kehidupan kau.  Aku mula sangsi apakah benar yang kau pergi berkursus pada 25/2/12 hingga 27/2/12.  Aku mendapat idea untuk memastikan samada kau benar2 pergi ke Port Dickson semasa kursus itu. Dalam keter kita, kau menggunakan kad Touch & Go. Aku menghubungi syarikat Touch & Go dan meminta statement transaksi. Aku berjaya mendapatkan statement untuk 3 bulan terdahulu. Berikut adalah kesangsian yang wujud hasil dari data yang diperolehi pada statement touch & Go:

Kes 1
Kau kata 25/2/12 – 27/2/12, ada kos  anjuran Huawei kat hotel guoman port Dickson, dan kursus ini tidak diisytiharkan secara rasmi kepada Celcom (dibuat secara sulit). 

Data dari transaksi Touch & Go & rekod bil hp kau adalah seperti berikut:

Shah Alam - Elite Highway, melepasi plaza tol KLIA pada jam 15:39 pm, dan 12 kali berbalas sms dengan Sutarwan. Sms pertama jam 14:31 & sms terakhir jam 15:48. Sehingga ke tarikh 27/2/12, tiada sebarang sms sesama korang.  Pada tarikh 26/2/12 jam 18:36, transaksi TnG di LCCT parking. Pada 27/2/12, bergerak dari Plaza Tol KLIA  dan keluar Plaza Tol Duta jam 15:15, seterusnya dari Plaza Tol Duta ke Plaza Tol Shah Alam (pulang ke rumah) jam 20:46. 
Setelah didesak, kau menyatakan sebenarnya tiada apa2 kursus sebaliknya kau telah bermalam dan tidor di rumah  ibu Zeti sepanjang tempoh ini, iaitu di Dengkil.

.
Kes 2
Pada 28/2/12, kau pergi bekerja di pejabat (Shah Alam). Kau menyatakan yang aa banyak kerja dan terpaksa pulang lewat. 

Data dari transaksi Touch & Go & rekod bil hp kau adalah seperti berikut:
Melalui NKVE ke Plaza tol Duta jam 17:41 dan pulang melalui melalui Federal Highway, transaksi tol di Bt3 jam 23:23.  Tujuann tidak diketahui.  Kau ada menghubungi Hardrock Café KL,  0327155555  jam 16:11. Tidak dapat dipastikan samada perkara ini mempunyai kaitan.


Kes 3
Pada 29/2/12 (rabu), kita mengambil cuti untuk menghantar Luqmanul pulang ke asrama di di Gombak antara pukul 10am hingga 4pm. Bagaimanapun, kau telah keluar semula sebelah petangnya kerana menyatakan ada urusan kerja. 

Data dari transaksi Touch & Go & rekod bil hp kau adalah seperti berikut:

Jam 16:41, dari Shah Alam melalui NKVE ke Plaza Tol Duta. Pulang ke rumah, melalui Plaza Tol Bt 3 jam 01:04am, 1/3/12.  Pada tarikh 29/2/12 antara  jam 22:04 hingga 22:20, hubungi Hotel PanPac KLIA,  0387873333, sebanyak 4 kali. Kau juga berbalas sms dengan Sutarwan sebanyak 7 kali, dari jam 11:14 hingga 17:57. Tujuan tidak diketahui.

Pemeriksaan terhadap rekod claim pula menunjukkan yang kau tidak bekerja pada tempoh itu. Kau tidak dapat memberikan jawaban apakah tujuan kau pergi ke KL dalam tempoh itu.


Kes 4
Pada 1/3/12 (Khamis), kau kata ada banyak kerja pejabat dan akan pulang lewat.

Data dari transaksi Touch & Go & rekod bil hp kau adalah seperti berikut:

1/3/12, jam 18:06, Plaza Tol Jln Duta dari Shah Alam melalui NKVE. Pulang melalui Federal Highway, Tol Bt3 jam 22:33. 4 kali hubungi Sutarwan antara jam 12:29 hingga 18:22.  Tujuan tidak diketahui. 

Pemeriksaan rekod claim menunjukkan yang kau tiada bekerja dalam tempoh ini. Kau gagal memberikan penjelasan.


Kes 5
4/3/12 (Ahad),  kau kata ada kerja di KLIA selepas pergi ke pejabat Milelia di Bangsar. Seterusnya pulang ke rumah hampir pukul 12malam. 

Data dari transaksi Touch & Go & rekod bil hp kau adalah seperti berikut:

Ahad, 4/3/12,  dari Shah Alam, melalui elite highway ke Plaza Tol KLIA jam 10:41am dan dari Plaza Tol KLIA ke Shah Alam jam 23:03.

Semakan rekod claim menunjukkan kau tiada apa2 claim dalam tempoh itu. Lepas didesak, akhirnya kau mengaku tiada apa2 urusan kerja di KLIA,  sebaliknya kau pergi lepak di rumah Zeti


Kes 6
Pada  malam 7/3/12 (rabu), kau kata nak keluar sebab ada urusan kerja. Sehingga keesokkan harinya, kau tidak pulang ke rumah.

Data dari transaksi Touch & Go kau adalah seperti berikut:

Dari Shah Alam melalui Elite highway, keluar di Plaza Tol KLIA, jam 21:52. Keesokkan harinya, 8/3/12, dari Plaza Tol  KLIA melalui highway Elite dan NKVE highway, keluar di Plaza Tol Damansara jam 15:58. Tidak diketahui bermalam di mana pada 7/3/12 dan apa tujuan perjalanan ini.

Aku menyemak rekod kerja dan mendapati kau tidak sebarang rekod claim dalam tempoh itu malah kau ada mengambil cuti sakit pada 8/3/12. Lepas didesak, akhirnya kau menyatakan kononnya telah pergi bermalam di rumah  ibu Zeti di Dengkil untuk mendalami ilmu agama.

Kes 7
9/3/12 (jumaat), sebelah malamnya, kau keluar rumah kerana urusan kerja di pejabat, iaitu di Shah Alam.

Transaksi Touch & Go adalah seperti berikut: 

ShahAlam, melalui NKVE keluar di Plaza Tol  Duta jam 22:40, kemudiannya 10/3/12 jam 05:19 Plaza Tol Pantai dan sampai di rumah pada awal pagi.  Tidak diketahui tujuan.

Semakan rekod kerja menunjukkan kau tiada apa2 claim.

Kes 8
Pada hari Ahad, 11/3/12, kau keluar rumah kerana ada urusan kerja.

Transaksi Touch & Go adalah seperti berikut:

Ahad, 11/3/12,  dari Shah Alam melalui NKVE, keluar jam 17:35 di Plaza Tol Damansara. Seterusnya jam 21:47,  dari Plaza Tol Duta ke ShahAlam melalui NKVE.
Semakan claim menunjukkan yang kau tiada apa2 claim. Kau tidak dapat memberikan penjelasan.


Kes 9
Pada hari Isnin, 12/3/12,  kau pergi bekerja seperti biasa.

Transaksi Touch & Go adalah seperti berikut:

Jam 14:06, dari Shah Alam melalui NKVE ke Plaza Tol Duta. Jam 23:55, dari Plaza Tol Duta – Shah Alam.

Pemeriksaan rekod majikan menunjukkan kau telah ambil time off pada 14:30 – 17:30.Kau tidak dapat memberikan penjelasan apa tujuan kau pergi ke KL dalam tempoh itu.


Kes 10
Pada  hari selasa, kau pergi kerja seperti biasa dan tidak pulang selepas selesai waktu bekerja.

Transaksi Touch & Go adalah seperti berikut:

13/3/12, melalui Federal highway di Plaza Tol Bt3 jam 19:27,  seterusnya pulang melalui Tol Duta – Shah Alam jam 02:13am pada 14/3/12.
Didapati tiada rekod claim & kau tidak dapat memberikan penjelasan tujuan kau ke KL.


Kes 11
Pada 14/3/12  kau pergi kerja seperti biasa. Seterusnya kau kata ada terlalu banyak kerja dan tidak dapat pulang ke rumah.  Sehingga jam 10am 15/3/12, kau masih belum pulang ke rumah.  Aku hubungi kau dan kau menyatakan masih bekerja.  Mulanya aku risau dengan kau yang telah bekerja melebihi 24 jam, tapi selepas itu timbul perasaan keraguan. Aku tiba2 timbul keinginan untuk menyiasat & memastikan samada kau benar2 berada di tempat kerja. Aku cuba  menyiasat di mana no 0192710149 berada.  Didapati ianya aktif di Awana Genting Indoor.

Terperanjat dengan maklumat yang diperolehi ini, aku mendesak kau menyatakan perkara yang sebenar. Setelah didesak,  kau menyatakan berulangkali selepas habis kerja awal pagi 15/3/12, kau telah ikut Zeti  menaiki keretanya ke Genting Awana untuk berehat sebentar. 

Transaksi Touch & Go adalah seperti berikut:

Pada 14/3/12 jam 10:45am, kau bergerak dari Shah Alam  melalui NKVE menuju PlazaTol Duta. Keesokkannya, 15/3/12,  jam 13:00,  dari Plaza Tol Duta – Shah Alam. 
  
Dari rekod Touch & Go ini, aku menjadi semakin bingung.  Beberapa hari kemudian, aku mendesak kau untuk pergi berjumpa dengan Zeti dan ibunya. Aku mahu penjelasan dan kepastian dari mulut Zeti sendiri samada benar yang kau pernah bermalam di rumahnya pada hari yang kau maksudkan dan pernah pergi ke Genting Highland bersamanya.  Ketika sampai di rumah Zeti di Sec15 Shah Alam, kebetulan ibu Zeti juga berada di situ.

Bila aku mendesak Zeti mengenai perkara itu, Zeti bagai mengunci mulutnya dan tidak mahu memberikan apa2 jawaban.  Ibu Zeti juga lebih banyak memberikan nasihat padaku tetapi bagai mahu mengelak dari persoalan aku, samada kau pernah tidur di rumahnya pada hari2 yang kau nyatakan. Akhirnya kita meninggalkan rumah Zeti dengan persoalan2 yang masih menimbulkan misteri padaku.

Memandangkan Zeti adalah rakan baik kau, timbul persoalan padaku kemungkinan kau ni mempunyai hubungan lesbian dengan Zeti. Persoalan demi persoalan mula menghantui kepalaku dan aku amat2 tertekan.


Malam, 28/3/12, aku terus menangis teresak-esak di ruang tamu. Aku terasa amat2 tertekan.  Kau dan Danial berada di ruang tamu juga. Luqman pula berada di hostelnya. Aku tidak tahu apa punca2 yang menyebabkan kau berubah sekelip mata. Mulanya kau tidak peduli melihataku menangis. Kemudian, kau datang menghampiri dan memujuk aku. Kau hanya menyuruh aku supaya jangan lagi menangis tetapi aku amat2 tertekan dan terasa seolah2 nyawaku sudah berada di penghujung. Jantungku bagaikan berhenti berdegup, pemandangan terang & gelap silih berganti. Aku hanya menyebut perkataan “La Ilahaillallah…” berulangkali. Terasa maut dah begitu hampir, namun aku masih dapat melihat kau sedang bersms dengan seseorang.

Selepas itu, dengan kudrat yang ada, aku cuba bangun, ambil wuduk dan mengimamkan solat Isya. Selepas selesai membaca surah Yasin, aku cuba tenangkan perasaan aku sendiri. Kau meletakkan hp kau di atas meja. Danial datang padaku dan menyatakan, “Pa,cuba periksa hp mama, mesti ada banyak rahsia. Danial tahu password screen lock hp mama” Aku terus mengambil hp kau tapi kau cuba merampasnya kembali. Berlaku pergelutan dan aku terlanjur menampar kau. Memandangkan kau semakin agresif dan tidak berputus asa, aku mula menendang kau berulang kali. Inilah kali pertama dalam seumur hidup memukul seorang perempuan, dan ianya adalah isteriku sendiri. Danial terus unlock screen hp kau.Ketika cuba merampas lagi, aku terus mengambil pisau dari dapur dan mengancam akan menikam kau andainya terus tidak membenarkan aku memeriksa hp kau. Akhirnya kau membawa Danial keluar menaiki kereta kira2 jam 1am. Tinggallah aku seorang diri.  Aku dapati rantai emas kau terputus dan berada di lantai tempat kita bergelut. Berikut adalah sms yang tertera di hp kau:



     

Setelah terbaca SMS  itu,meremang bulu roma aku. Badan menjadi seram sejuk dan menggigil. Masing2 membahasakan diri sebagai ‘SAYANG’. Andainya komunikasi itu adalah antara kau dan Zeti, tidak mungkin, kerana salah satu sms pukul 12:15am, ‘BETULLAH APA YANG ZAITI CAKAP TU’. Ini membuktikan individu ini bukannya Zeti. Nama individu ini ditulis dalam address book HP kau sebagai ‘LTE IPHONE’.  Aku cuba menghubungi no hp ini tetapi taliannya sudah tidak aktif. Sepanjang malam aku tidak dapat tidur. Pelbagai persoalan bermain di kepalaku. Aku juga amat2 bimbang kerana tidak tahu ke mana kau membawa Danial pergi.

Sehingga ke sebelah paginya, aku mengambil cuti kecemasan. Aku cuba hubungi no LTE IPHONE lagi, tapi dinyatakan TIADA DALAM PERKHIDMATAN. Aku yakin individu ini telah tahu, seterusnya cuba menyembunyikan identitinya. Aku cuba menghubungi rakan2 sepejabat kau samada mereka mempunyai atau menyimpan no phone individu ini tetapi seorangpon tidak mengetahuinya. Ini menunjukkan individu ini bukanlah pekerja Celcom dan bukan juga mana2 vendor yang kau selalu berurusan. Pada sebelah tengaharinya, dalam keadaan hujan lebat, aku pergi ke apartment Zeti.  Tujuannya adalah untuk mencari kalau2 kau bermalam di sini. Puas mencari di semua petak parking tetapi gagal menemui kereta kita. Selepas itu, aku pergi ke Balai Polis bukit Jelutong untuk membuat aduan. Setelah selesai membuat aduan, aku dimaklumkan bahawa rekod polis menunjukkan bahawa kau telah membuat aduan terlebih dahulu pada malam/awal paginya.

Kemudiannya aku pergi ke Jabatan Agama Islam untuk mebuat adaun dan meminta sessi kaunseling rumahtangga. Ketika sedang mengisi borang, aku ternampak kelibat kau yang datang bersama Fatin (adik ipar kau). Setelah kau nampak aku, terus kau melarikan diri tanpa sempat untuk memfailkan aduan.

Seterusnya, dari siasatan, aku dapat mengetahui bahawa makhluk misteri yg berkomunikasi dengan kau ialah

SUTARWAR BIN WEJO
B-13A-03- CHANGKAT VIEW CONDO
18, JALAN DUTA MAS RAYA
KUALA LUMPUR
 I/C   : 710522-10-5069

Dari siasatan selanjutnya,  dua insan ini amat kerap menghubungi/bergayut satu sama lain sejak 2011 lagi. Patutlah sejak hampir setahun, aku dapati banyak tingkahlaku kau yang berubah. Kau pasti akan lock pintu bilik setiap kali masuk bilik, tak kira waktu. HP kau pula dah ada screen lock dan sentiasa disembunyikan. Berlainan dengan aku, hp tiada screen lock dan boleh diletak dimana2 saja ketika di rumah. Bukan itu saja, password facebook/email/account bank aku juga kau tahu, tiada apa yang aku nak sembunyikan. Sutarwan pula mempunyai 2 talian telefon, di mana talian keduanya khas untuk berkomunikasi dengan kau saja manakala talian pertama juga sesekali digunakan untuk berhubung dengan kau.


Setelah mengetahui yang kau ‘bersembunyi’ di rumah Fatin di Pandan Indah, aku terus ke sana. Tujuan aku adalah untuk memujuk kau supaya pulang ke rumah. Bila aku sampai di sana, ketika aku bertanya soalan demi soalan, mendesak kau supaya bersumpah yang kau tidak pernah berzina dengan Sutarwan (tetapi kau tidak berani), adik lelaki kau (Fairuz) yang selama ini kelihatan begitu menghormati aku, mengajak aku bertumbuk di rumahnya. Lebih 36 jam aku tidak tidur, begitu letih fizikal & mental, aku diajak bertumbuk. Aku menganggapnya sebagai tidak matang & andainya ada sentuhan fizikal, aku tidak akan melawan sebaliknya akan terus buat lapuran polis. Tidak melawan bukan bererti bacul, tetapi tidak ada sebab untuk aku bertumbuk. Dia begitu marahkan aku sebab kau mengadu yang aku telah memukul kau. Aku tak pasti ntah apa lagi yang kau buruk2kan aku sehingga dia bagai hilang pertimbangan. Danial juga tidak mahu mengikut aku pulang kerana dia dalam keadaan takut dan keliru. Mungkin juga dia fikir papa telah tidak waras. Papa masih waras sayang..

Setelah hampir maghrib, dalam keadaan fizikal & mental yang begitu lemah, aku menghidupkan enjin motosikalku, meredah kesibukan lalulintas Kuala Lumpur. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah. Allah melindungi perjalananku. Aku menunggang motosikal bagai terawang-awang, sesekali bagai redha andainya Allah mengambil nyawaku ketika itu, tetapi terbayangkan wajah anak2, tumpuanku kembali pulih.

Keesokan harinya, kau pulang jua ke rumah. Aku percaya kau tentu berasa amat malu setelah kecurangan kau berjaya dihidu. Mulanya aku fikir kau akan menangis & memeluk aku dan minta maaf, tetapi kau seperti biasa sahaja. Aku cuba memulihkan kembali hubungan kita dengan sedaya upaya cuba melupakan segala yang berlaku, namun ianya terlalu sukar. Pelbagai teka teki dan misteri masih bermain-main di kepalaku. Kau cuba sedaya upaya meyakinkan aku bahawa Sutarwan hanyalah seorang kawan biasa, tidak lebih dari itu. Sutarwan, bagi kau, adalah seorang yang sangat bijak pengetahuannya dalam bidang teknologi selular phone, terutamanya mengenai LTE. Kau juga menyatakan yang Sutarwan itu warak dan pandai dalam soal agama. Minat dan pengetahuannya itulah yang menjadi topik perbualan kau dan dia. Tentang penggunaan ganti diri sebagai SAYANG seperti yang terkandung dalam sms itu, kau nyatakan sebab dah terbiasa dengan gelaran itu kerana pada tahun 1995, kau dan Sutarwan pernah bercinta. Ketika Sutarwan mahu memberikan cincin risik, kau telah menolaknya kerana merasakan diri kau ketika itu tidak menyintai dan tidak dapat menerimanya sebagai calun suami. Buat sementara, aku dapat menerima penjelasan kau.

Keesokkan harinya, selepas pulang dari bekerja, seperti yang aku selalu amalkan, akan memeluk kau ketika menyambut kepulangan kau. Aku seperti terbau kesan rokok di badan kau. Bila aku tanyakan, kau kata ini kesan kopi, ataupon mungkin kesan asap rokok di pejabat. Rakan2 lelaki di pejabat kebanyakkannya merokok. Aku mempercayainya. Selepas itu, kau terjumpa baki rokok dalam beg kau. Berderau darah aku. Aku segera teringat ketika mengemaskan barang2 kau dalam kereta selepas balik dari Korea, aku ada terjumpa baki rokok yang belum habis. Bila aku tanya ketika itu, kau katakan yang kau merokok selama berada di Korea kerana cuaca yang sejuk, dan hampir semua orang2 di sana merokok. Ketika itu, aku mempercayainya dapat dapat meyakini yang agak mustahil kau akan meneruskan tabiat merokok selepas pulang ke Malaysia.
Ternyata telahan aku silap, kau telah menjadi perokok tegar. Mengalir air mataku..dah 5 tahun aku berhenti merokok kerana kau, kini kau pula merokok. Kata orang, segala masalah yang berlaku dalam rumahtangga adalah berpunca dari suami dan suami juga harus menggunakan kebijaksanaannya untuk mengembalikan kebahagiaan rumahtangga. Persoalannya, adakah aku mendidik kau untuk menjadi perokok?

Disebabkan begitu tertekan, dan cuba memahami jiwa kau, aku cuba pendamkan perasaanku. Demi menyelami jiwa kau, aku sama2 merokok menemani kau, tapi diluar pengetahuan anak2.  Hari demi hari, dari sekadar menemani kau merokok, aku bagaikan kembali terjebak dengan tabiat merokok. Dalam suasana malam yang romantik di luar rumah, ketika anak2 telah tidur, kita berbual-bual sambil menikmati rokok. Dari situ, kau menceritakan lagi tentang Sutarwan serta tempat2 yang kau pergi pada hari2 yang kononnya kau katakan padaku yang kau bertugas malam. Kau ceritakan yang kau suka lepak2 dengan Sutarwan di Starbuck hingga dinihari, seterusnya pulang ke rumah. Kau juga ceritakan yang kau dah banyak kali juga pergi berhibur di Hard Rock Café bersama adik lelaki kau (Fairuz) dan isterinya. Sekalipun dalam jiwa aku begitu marah dan bercampur baur pelbagai emosi, aku cuba kawal dan hanya tersenyum.

Bila aku cuba mencungkil lagi kenapa tak ajak aku sekali setiap kali pergi Hard Rock Café, kau minta aku rahsiakan, memberitahu bahawa Fairuz sebenarnya meminum arak, dan dia malu andainya aku tahu. Sebab itulah kau tidak pernah mengajak aku. Mmm…dalam hatiku, aku menjaga anak2 di rumah, kau berhibur di luar!! Isteri apakah ini!!

Beberapa kali kita pergi ke Starbuck selepas itu. Aku tidak pernah lepak2 di tempat ini, dan mahu merasakan bagaimana perasaan..minum kopi, lepak2 sambil merokok. Ternyata jiwa aku tidak serasi, dan aku terasa amat bosan dengan suasana ini.  Anak2 di bawa bersama, tetapi lepak di meja yang lain. Maklumlah kita merokok, tak baik..anak2 melihat.  Aku terasa menjadi keliru dengan kehidupan.

Aku juga membawa kau pergi ke kedai emas, untuk membeli rantai emas yang lebih besar. Rantai emas kecil kau yang terputus ketika kita bergelut dalam usaha aku merampas hp kau dulu, telah di jual, seterusnya aku menambah RM2500 lagi supaya kau dapat membeli rantai mas yang lebih besar dan cantik.


Demi mengembalikan hubungan kita, aku cuba menunjukkan yang aku dapat menerima segala apa yang telah kau lakukan. Memang kau ada meminat maaf atas perbuatan kau, tapi aku rasakan permintaan maaf itu tidak serius dan bagai melepas batuk di tangga sahaja. Sepatutnya, kau harus berterus terang mengakui apa kesalahan yang telah kau lakukan,  memelukku sambil menangis meminta maaf bersungguh-sungguh, tetapi permohonan maaf kau seperti acuh tak acuh saja.  Aku tidak dapat merasakan kesungguhan kau. Tambahan pula, kau berkeras menyatakan yang kau tetap tidak menyintai aku lagi, tapi meminta aku bersabar dan memberi masa agar perasaan itu kembali hadir dalam jiwa kau.

Hari2 seterusnya, aku cuba menyiasat lagi kerana merasakan banyak lagi perkara yang kau sembunyikan padaku. Dalam hati, aku yakin yang sebenarnya kau dan Sutarwan telah kembali menjalinkan percintaan, bukannya hanya sekadar kawan. Mustahil perkataan ‘SAYANG’ itu digunakan untuk membahasakan diri masing2 andainya setakat kawan biasa. Aku mungkin percaya yang kau dan dia hanya kawan biasa andainya perkataan SAYANG itu digugurkan, dan digantikan dengan ‘aku’ dan ‘engkau’. 

 
Dari bil telefon kau, aku dapati bahawa kau ada membuat panggilan IDD ke Korea hampir setiap hari, iaitu dari 29/1/12 hingga 24/2/12. Pada 25/2/12, ketika kau keluar dari rumah kononnya hendak pergi berkursus, kau beberapa kali menghubungi dan dihubungi oleh Sutarwan, sepanjang perjalanan kau dari rumah hingga melepasi Plaza Tol KLIA. Seterusnya, tiada satupun panggilan/SMS antara kau dan Sutarwan, hinggalah ke tarikh 27/2/12, sebelah malamnya. Sejam sebelum tiba ke rumah pada malam itu, kau mula menghubunginya beberapa kali. No HP kau juga ada beberapa kali menghubungi hotel Pan Pac KLIA.  Ini meyakinkan aku bahawa kau telah menyambut ketibaan Sutarwan dari Korea di KLIA, seterusnya bermalam dengannya di Hotel Pan Pac KLIA pada 25/2/12 & 26/2/12.

Dari  data bil telefon, menunjukkan setiap kali kau pergi ke KL atau KLIA, pasti dalam perjalanan itu ada perhubungan/SMS sesama korang. Pada 14/3/12 hingga 15/3/12, menunjukkan dalam perjalanan ke KL, kau hubunginya beberapa kali, seterusnya selama berada di Genting,  tiada satupon panggilan sesama korang berdua sedangkan sebelum dan selepas tempoh ini, begitu banyak rekod2 panggilan/sms sesama korang. Ini membuktikan yang kau berada di Genting bersamanya. Tambahan pula, antara 12/3/12 hingga 14/3/12, kau ada beberapa kali menghubungi Genting Reservation. Tujuan menghubungi talian ini, setahu aku hanyalah untuk menempah bilik hotel. Lebih meyakinan aku lagi, setelah menyemak rekod majikan, aku dapati sebenarnya kau telah MC pada 14/3/12 & 15/3/12.
Tidak puas hati dengan siasatan ini, aku cuba mendapatkan data dari Genting World Card milik kau. Dari situ, aku dapati bahawa hubungan kau dengan Sutarwan adalah lebih lama dari yang aku jangkakan pada awalnya. Khamis, 3/11/11, ketika aku pergi kerja, anak2 pergi sekolah, dari rekod majikan menunjukkan yang kau MC. Bagaimanapon, kau ada kumpul point melalui Genting Worls Card, iaitu semasa membeli tiket untuk Theme Park.  Malam sebelum itu, kau telah lama ‘bergayut’ dengan Sutarwan. Bila aku tanyakan kau mengenai perkara ini didepan anak2, mulanya kau katakan “collect point untuk Genting World Card kat mana2pon boleh, tak semestinya di Genting”. Bila aku nyatakan, penyata yang aku print itu menunjukkan yang point ini diperolehi hasil dari membeli tiket Theme Park, kau berdilak dalik lagi, menyatakan mungkin ketika itu kawan kau pinjam. Lepas itu, kau katakan pergi dengan kawan2 kau pula. Bila aku tanya, siapakah kawan2 kau,..kau mula marah2. Anak2 hanya ketawa saja melihat statement2 kau yang sentiasa berubah2. Dalam hati, aku terfikir yang kau ni benar2 seperti jelmaan orang lain, bukan lagi diri kau yang aku kenali dulu. Diri kau yang aku kenali, andainya pergi ke Genting, tujuan kita hanyalah untuk menghiburkankan anak2 sahaja. Aku sendiri tak punyai kekuatan pergi berseronok ke Genting tanpa anak2 & isteri. Statement yang aku berjaya perolehi dari Genting Worls Card milik engkau menunjukkan kau ada mengumpul point untuk pembelian tiket indoor & outdoor Theme Park pada 3/11/11:


Aku masih mengawal perasaan & masih cuba ‘merawat’ kau agar diri kau yang sebenar kembali hadir. Namun sebagai manusia yang lemah, sejauh manalah aku mampu bertahan. Beberapa hari selepas itu, kau ada tugas malam. Kali ini kau tidak menipu. Beberapa kali aku hubungi kau sepanjang malam itu. Kawan2 pejabat kau yang aku kenal juga ada bersama kau. Paginya, bila kau pulang, aku mendesak kau jelaskan padaku, dimana kau tidur pada 25/2/12, 26/2/12 dan 14/3/12? Kau berkeras menyatakan, 25/2 & 26/2 kau tidur di ibusawat Celcom di KLIA manakala 14/3 kau tidur seorang diri dalam kereta di Genting. Kau mempunyai slip disc yang kronik, tidak mampu tidur/duduk lama dalam kereta. Kau mempunyai masalah lelah yang teruk. Tempat tidur di ibusawat Celcom di KLIA yang kau maksudkan itu ialah dibawah tangga yang gelap, sempit, nyamuk & terdedah dengan angin luar yang sejuk. Keadaan persekitaran tempat ini adalah hutan belukar yang menyeramkan. Tambahan pula, kita bukannya bergaduh sebelum kau pergi sana, malah dalam keadaan seronok, bersalaman/cium tangan. Memandangkan jawaban2 kau amat2 tidak logik, aku suruh kau melafazkan sumpah. Aku tulis atas kertas dan suruh kau bacanya dengan jelas, AKU BERSUMPAH YANG AKU TIDAK PERNAH TIDUR ATAU BERZINA DENGAN SUTARWAN BIN WEJO. ANDAINYA AKU BERDUSTA, AKU REDHA ALLAH MELAKNATI KEHIDUPAN AKU, DAN AKU BUKAN LAGI BERAGAMA ISLAM

Bila kau enggan, aku mula menampar & menarik rambut kau berulang kali. Perasaan marah aku yang terpendam sebelum ini bagaikan meloap-loap. Bila kau terus tidak mahu bersumpah, lama-lama  aku mengalah. Aku cuba mencari ketenangan, dan mengajak kau tidur di ruang tamu. Ketika itu, anak2 tiada di rumah kerana telah ke sekolah. Ketika beberapa minit tidur di ruang tamu, aku dikejutkan dengan kehadiran kereta peronda polis. “ini rumah Azlin Mastura ker encik” soal pegawai polis itu. Lepas itu, aku diarahkan  pergi ke Balai Polis Bukit Jelutong, manakala kau bersama polis dalam kereta peronda.

Sampai di Balai, aku dipisahkan dan mengadap seorang sarjan, penampilannya ala-ala Madzidul Akma, wartawan 999 yang terkenal itu. Dia mengeluarkan buku undang2 mengenai akta keganasan rumahtangga, antara kata2nya..” kau tahu tak, aku dah 27 tahun kawin..jentik telinga bini pon tak pernah..” Aku terus diugut untuk dihumban dalam lokap, dan seterusnya berisiko untuk dibuang kerja. Aku cuba terangkan sebab2 aku memukul kau..dan sebelum kes ini, sejak kawin, aku juga tidak pernah menjentik telinga kau, apatah lagi memukul.  Dia bagai tidak peduli dengan citer2 aku, dan pergi bertanya kau, samada mahu masukkan aku ke dalam lokap. Kau kata, “jangan encik..lepaskanlah dia’.  Dalam hatiku, terdetik, aku sanggup dihumban dalam lokap, sanggup dihukum, namun andainya aku hilang pendapatan, bagaimanakah anak2 aku nak meneruskan kehidupan.  Aku percaya, kau juga tidak mahu aku dikurung dalam lokap, bukannya kerana sayangkan aku, sebaliknya terfikir,,siapa nak bayar segala perbelanjaan, hutang rumah, kereta dan sebagainya andainya aku dihukum.  Akhirnya, setelah statement aku diambil, aku dibebaskan dan pulang ke rumah. Engkau dibawa ke hospital oleh polis untuk mendapatkan rawatan.

Keesokkan harinya, kita dijemput oleh mak/abah pulang ke kampung untuk kerana ada majlis solat hajat, agar kehidupan kita kembali bahagia dan mendapat keredhaan Allah.
Petangnya, sebelum bergerak ke kampung, aku secara diam2 cuba membelek2 hp kau, untuk mencari apa2 maklumat terbaru. Aku memperolehi satu lagi sms yang benar2 menaikkan bulu roma aku:





SMS ini bertarikh 27/1/12, manakala kau pergi Korea pada 6/1/12 hingga 16/1/12.
Apakah selama berada di Korea kau telah berzina???  Bila aku tanyakan perkara ini, kau telah marah2 dan cuba menjelaskan, bahawa kau mempunyai seorang kawan perempuan yang baru berkahwin. Dia telah pregnat tapi masih belum bersedia untuk pregnant. So, kau cuba tolongnya untuk mencari ubat gugurkan kandungan. Tidak puas hati dengan jawaban kau, aku telah pergi ke klinik Menara, iaitu klinik yang selalu kau pergi. Walaupun ketika itu bulan April, aku cuba cari rekod perubatan kau di klinik ini. Aku dimaklumkan, bahawasanya pada 27/1/12, memang kau ada hadir di klinik ini, semata2 untuk membuat pregnant test. Resultnya negatif.  Aku yakin dan percaya bahawa selama kau berada di Korea, pasti kau pernah berzina dengan Sutarwan, seterusnya bila pulang ke Malaysia, kau telah ada kebimbangan kemungkinan pregnant.


Seterusnya kita pulang ke Seremban, dan sampai pada waktu maghrib. Selepas mengambil wuduk, aku mahu bersalaman dengan Acu, iaitu adik lelaki emak. Sebelum ini, setiap kali berjumpa, begitu mesra sekali, tetapi kali ini aku nampak dia lain macam jer. Tanpa mahu bersalaman, Acu terus menekan aku dengan kata2 seperti untuk menyekolahkan aku, antara ingat dan tidak..”dulu kau ambil Lin secara elok, sekarang dah pandai pukul yer2..” dengan gaya seperti mahu bergaduh dengan aku. Aku cakap, kita solat dulu, Acu tak tau apa. Dia bagaikan tak berpuas hati dengan aku, lantas aku cakap, “kalau aku bacul, aku takkan datang seorang diri ke kampong kau..lepas solat kita bincang”. Sememangnya emosi aku begitu terganggu. Sepanjang solat maghrib, wirid, solat hajat dan bacaan surah Yaasin,  aku tidak dapat menahan menahan sebak, menangis sepanjang masa. Bila segalanya dah selesai, aku mengajak Luqman dan Danial segera pulang ke Shah Alam. Aku dah tidak selesa lagi berada di kampung. Semua adik beradik kau bagaikan begitu membenci aku, sesuatu yang sama sekali aku tak jangkakan. Selama ini, sesama kita begitu mesra sekali. Ketika cuba memberikan kertas tulisan aku yang cuba menerangkan apa sebenarnya masalah yang terjadi pada rumahtangga kita, mak enggan menerimanya, dan berkata akan membuang/membakarnya. Suasana ini menyebabkan aku mahu pulang ke Shah Alam dengan segera. Aku ajak Luqman/Danial untuk segera pulang. Ketika menaiki kereta dan mahu bergerak, abang ipar kau, Shidi, datang memeluk aku, memujuk aku agar bertenang, bersabar dan jangan pulang. Ketika itu, dia ceritakan pengalaman pahit yang dia pernah lalui, pernah dipisahkan dengan along (kakak sulong engkau) selama hampir setahun oleh keluarga engkau.  Demi menghormati nasihat Shidi, aku turun dan kembali bersama2 keluarga kau. Dari situ, kita cuba mewujudkan suasana yang lebih mesra dan berbual2 secara santai. Banyak nasihat2 yang Acu berikan kepadaku. Setelah berjaya menceritakan serba sedikit mengenai masalah kita, Acu nampak boleh menerimanya, menasihatkan aku & meminta aku banyak bersabar. Aku memang menghormati dengan cara Acu. Banyak nasihat2 berguna dari Acu.

Malam itu, ketika kita mahu pulang, mak suruh aku berjanji yang aku tidak akan memukul kau dan tidak akan mengungkit-ungkit perkara ini lagi. Tanpa berfikir panjang, aku kata, mak jangan risau, “SAYA BERSUMPAH YANG SAYA MENGHARAMKAN TANGAN INI DARI MEMUKUL LIN LAGI” ..seterusnya aku menyambung kata2 ....”DAN SAYA JUGA MAHU LIN BERJANJI DEPAN SAYA DAN MAK YANG LIN TAK AKAN MEROKOK LAGI”. Lepas itu, mak bagaikan tidak selesa dengan syarat yang aku berikan, terus berkata..”Ali tak bolehla letak syarat gitu. Biarla dia nak merokok, nanti kalau dia nak berhenti, dia berhentilah..Aku hanya tersenyum, tapi memang tak puas hati. Mak bagaikan memberikan kau lesen untuk terus merokok.

Selepas bersalaman, kita bergerak untuk pulang. Ketika perjalanan pulang, aku teringin untuk melihat tempat yang kau katakan telah tidur selama dua malam, iaitu pada malam 25/2/12 & 26/2/12 di ibusawat Celcom KLIA. Sampai di situ kira2 jam 3 pagi, aku memeriksa buku rekod pelawat, ternyata nama kau tiada dalam catatan untuk tarikh yang dimaksudkan. Engkau menunjukkan tempat tidor itu, di bawah tangga yang gelap, sejuk, nyamuk..menyeramkan. Keadaan sekeliling ibusawat ini adalah hutan belukar. Pengawal keselamatan tidak pasti samada kau pernah ke sini, namun menyatakan bahawa itu adalah tempat tidur pengawal keselamatan setiap malam. Dalam hati aku, “sah ler, aku kena kencing”

Selang beberapa hari, aku dan Danial pergi menjemput Luqman di asramanya. Perjalanan pulang dari hostel, aku mengajak Danial pergi ke rumah Sutarwan, di sebuah apartment mewah di Jalan Duta. Dari siasatan, aku telah memperolehi alamat rumahnya. Tujuan aku ke sana, untuk membawa Luqman & Danial berjumpa dengan Sutarwan dan isterinya. Aku mahu dia pandang wajah anak2 aku yang masih kecil, yang masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu. Dengan segala bahan bukti, aku mahu menjelaskan kepada isteri Sutarwan sendiri, sejauh mana hubungan suaminya dengan emak bebudak ini. Dengan itu, aku berharap agar dia meminta maaf pada kami, dan berjanji untuk memutuskan perhubungannya dengan kau. Bersusahpayah mencari & bersoal jawab dengan pengawal keselamatan, akhirnya aku sampai depan pintu masuk apartmentnya. Malangnya, berkunci. Aku tuliskan nota dua salinan, yang pertama dimasukkan ke dalam rumahnya melalui celah pintu dan lantai dan yang keduanya ke dalam peti suratnya.  Antara catatan yang terkandung dalam nota itu, “ Bro, aku suami Azlin. Aku dapat bukti bahawa selama bercuti di Korea, kau juga ada di sana. Azlin juga jemput kau pulang dari Korea  di KLIA pada 25/2/12, seterusnya hantar kau pulang ke KL pada 27/2/12. Kau juga pergi Genting dengan Azlin pada 14/2/12 & 15/2/12. Aku minta dengan cara baik, agar putuskan hubungan kau dan Azlin dengan segera”. 

Beberapa hari selepas itu, aku mendapat panggilan dari Sutarwan. Dia cuba bercakap dengan baik, so aku juga cuba melayannya dengan baik. Panjang lebar perbualan, dia menafikan yang kau menjemputnya pulang dari Korea, sebaliknya isterinya yang datang menjemput. Segala yang aku tulis dalam nota itu telah dibacanya, namun dia menganggap itu semua adalah tuduhan liar. Berkali kali dicabar untuk bersumpah, namun dia sentiasa berdolak dalik. Di ajak untuk bersemuka, tapi dia enggan.

Selesai perkara ini, aku cuba mengingatkan diriku sendiri, yang aku tidak akan menekan kau dengan persoalan2 ini lagi, andainya masih mahu terus bersama sebagai suami/isteri. Hari demi hari berlalu, sehinggalah tarikh 19/4/12, telah ditetapkan untuk kita menghadiri sessi kaunseling, yang telah aku failkan pada 30/3/12. Pegawai kaunseling ini ialah seorang ustazah veteran. Akupon menerangkan serba ringkas mengenai masalah yang timbul dalam rumahtangga kami. Antaranya, aku katakan yang aku tidak boleh menerima tabiat merokok engkau. Sangkaanku, ustazah akan menggunakan kebolehan dan kepakaran psikologinya agar kau dapat berhenti merokok..tapi lain jer cara ustazah. Dia suruh kau kurangkan bilangan rokok dari hari ke hari, hingga akhirnya berhenti terus. Tak cukup dengan itu, dia menunjukkan risalah2 kaedah2 untuk berhenti merokok. Bila aku persoalkan kemungkinan engkau pernah berzina, engkau menafikannya depan ustazah. Setakat itu saja, ustazah juga menasihatkan aku supaya yang lepas itu biarkan lepas, dan menasihatkan aku agar jangan mengungkit-ungkit lagi kesilapan2 yang telah kau lakukan.

Lepas pulang, malam itu, fikiran aku kembali terganggu membayangkan kemungkinan kau pernah berzina dengan Sutarwan.  Memasuki tarikh 20/4/12,  jam 1am, aku kembali menyuruh kau bersumpah untuk menafikan yang kau pernah berzina dengan Sutarwan. Kau terus menelefon mak, menyatakan yang aku mula mengungkit-ungkit lagi. Mak memarahi aku, kerana telahpon berjanji depan mak yang aku tak akan mengungkit-ungkit lagi. Aku bertegas cakap, aku hanya dapat memaafkan kau andainya engkau benar2 bercakap jujur tanpa berselindung apa2 fakta, seterusnya memohon maaf padaku. Andainya engkau lakukannya dan benar2 menyesalinya, pasti aku akan maafkan kau, menerima kau dan tidak akan ungkit apa2 lagi, sekalipon kau pernah berzina. Itu saja. Akhirnya, tanpa mahu bersumpah, kau membungkus pakaian dan mahu keluar dari rumah. Aku hanya memerhati sahaja. Bila nampak kau benar2 serius mahu keluar, aku cakap, “LIN, KALAU LINK KELUAR JUGA DARI RUMAH PADA MALAM INI MAKA JATUHLAH TALAK…” sebaik berakhir ayat aku, kau terus mencapai hp kau dan berkata “mak, mak dengar tak apa yang Ali cakap tadi??” Rupanya  sejak dari tadi talian ini belum diputuskan. Kau masih online dengan mak.

Sebaik kau menghidupkan enjin kereta dan beredar dari rumah, aku tahu yang kini kita telah sah bercerai. Fikiran aku jadi celaru lagi, bagai tidak percaya.

Dua hari kemudian, bila kau datang semula ke rumah, aku ingatkan kemungkinan kau mahu kembali rujuk, dan aku juga ingin untuk rujuk kembali. Aku tidak rasakan yang aku melepaskan kau, tetapi aku seolah-olah telah memberikan kau lesen untuk membuat keputusan. Aku telah terlupa, bahawa sejak bulan Mac lagi, kau memang beberapa kali pernah meminta aku melepaskan kau dengan cara yang baik.  Bila kau melangkah masuk ke rumah, aku berkata, “Lin, abang rujuk kembali”..kau kata “eh, mana boleh..rujuk hanya sah andai mendapat persetujuan isteri, sedangkan Lin tak setuju”. Seterusnya kau telah menyerahkan surat saman. Kau telah memfailkan di mahkamah syariah, dan sebutan kes ditetapkan pada bulan Mei. Sehingga menanti tarikh sebutan kes, kau telah tinggal di rumah Dayah, adik bongsu kau.

Abah/mak ada datang ke rumah kita, dan bermalam. Aku ada menyuarakan hasrat aku untuk rujuk semula dengan kau, tapi abah kata ‘ nak rujuk buat apa, nanti pukul lagi’
Kita tidur berasingan. Aku ingat, besoknya kau keluar shoping dengan Dayah, bagai begitu seronok, membeli beg2 tangan berjenama bernilai beribu ringgit.  Abah/mak tersenyum seronok melihat beg2 tangan yang mahal dan berjenama ini.  Aku faham, kau sebenarnya cuba memberi maksud, yang kini kau boleh berbelanja untuk apa2 tujuan saja, tanpa perlu mendapat lampu hijau dariku.  Dalam hati aku fikir, tak pa lah. Teruskan berbelanja untuk apa saja tujuan, banyak mana sekalipon, ada aku kesah?

Antara perbincangan kita waktu itu, kau nyatakan yang kes mahkamah nanti hanya untuk mengesahkan taklik & tidak perlu perkhidmatan lawyer. Aku akur dan menerimanya.

Merasakan jodoh kita telah berakhir dan tiada harapan lagi untuk rujuk, aku telah nekad untuk menceritakan segala-galanya pada keluarga aku. Sebenarnya aku telah menyembunyikan segala yang berlaku pada keluarga aku. Aku rasa cukop2 malu untuk memaklumkan yang aku telah gagal dalam rumahtangga. Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat untuk memaklumkan bahawa aku kita telah bercerai. Maklumlah, kau adalah menantu kesayangan adik beradik dan arwah ibu dan bapaku. Mengumpul segala kekuatan, akhirnya aku hubungi kakak ku, menyatakan kita telah bercerai. Hampir seminit, Shakila bagai hilang kata2 dan hanya mampu menangis. Ketika itu, dia sedang membuat persiapan untuk pergi menunaikan Umrah, sekeluarga. Aku Cuma mohon Shakila berdoa apa saja yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di senalik perpisahan ini. Sejak berkahwin, aku tidak pernah menceritakan apa saja masalah yang timbul melibatkan diri kita. Sedangkan lidah lagi tergigit, aku anggap setiap rumahtangga pasti ada sedikit sebanyak masalah, namun masing2 perlu bijak menanganinya. Mendedahkan masalah rumahtangga bererti mendedahkan kelemahan diri sendiri, tapi bila dah sampai peringkat ini, aku harus berterus terang. Sekurang-kurangnya aku bersyukur, kerana masalah ini berlaku setelah ibuku telah tiada. Andainya tidak, aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dirinya bila menerima khabar ini. Nilai sebuah perkahwinan, bagi aku, sangat besar ertinya, Kegagalan, adalah sesuatu yang amat2 meyakitkan dan kekadang terasa bagai tidak mampu tertanggung. Hanya kehadiran anak2 yang dapat menjana satu semangat luarbiasa untuk meneruskan kehidupan. Ramai rakan2 memberikan kata2 perangsang dan semangat, dan yang paling terkesan dalam jiwa aku, ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA MELEBIHI DARI TAHAP KEMAMPUAN HAMBANYA. Ini bermakna aku punyai cukop kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

15/5/12, proseding mahkamah bermula. Selepas kita memberi penerangan ringkas, hakim memutuskan yang penceraian ini adalah sah. Hakim ada bertanya samada kau hendak menuntut apa2, namun kau kata TIADA. Aku percaya yang kau tidak berani menuntut apa2 kerana bimbang kes ini berlarutan dan lebih banyak lagi kecurangan kau akan terbongkar. Selesainya kes ini, kita dimaklumkan yang salinan perintah mahkamah akan dikeluarkan sebulan dari tarikh, iaitu pada 15/6/12. Aku pergi ke mahkamah pada 21/6/12 untuk mengambil dokumen ini. Ianya satu2 dokumen rasmi untuk mengisytiharkan diri kita sebagai ‘bercerai’.  Malangnya, aku dimaklumkan bahawa sebelum prosiding kita, tanpa pengetahuan aku, kau telah menyerahkan surat dari peguam yang kau telah lantik. Rupanya, kau menasihatkan aku agar jangan ambil peguam, tapi kau sendiri yang ambil peguam. Dengan surat peguam yang telah kau serahkan, mahkamah tidak boleh mengeluarkan dokumen ini.  Namun, kini aku baru saja memperolehi surat cerai, iaitu hampir 7 bulan selepas prosiding mahkamah.

 
Aku sebenarnya sejak awal yakin yang kau kemungkinan telah ‘terkena’ mainan ilmu hitam atau ilmu pengasih. Dah banyak kali aku mengajak kau berubat di sebuah pusat rawatan Islam di Kuang. Tempat ini adalah disyorkan oleh rakan2ku yang pernah mengalami masalah berkaitan dengan gangguan ilmu hitam. Sememangnya kaedah rawatannya tidak bertentangan dengan Islam. Tiada menurun, penggunaan asap/kemeyan, penetapan harga dan sebagainya, hanya dengan solat hajat dan doa2 tertentu. Memang aku pernah gurau dengan kau, untuk mengajak berubat dengan dukun orang asli Gombak, & kau pon tahu, itu hanyalah gurauan. Bila aku suarakan hasrat untuk bawa kau berubat di Kuang, abah/mak persoalkan aku, yang dikatakan nak bawak kau berubat dengan dukun orang asli Gombak. Ya Allah, dah berulang kali aku pujuk kau untuk berubat di Kuang, tapi di belakang aku, kau telah tukar cerita, menjelaskan pada mak/abah kononnya aku mahu bawa kau berubat dengan  dukun Orang Asli. Kau pon tahu, aku memang tidak percaya dan selalu tertawakan jenis kaedah perubatan yang mak/abah sendiri pernah perkenalkan kat aku dulu. Aku syak, kau telah banyak memfitnah dan memburuk-burukkan aku kat mak/abah semata-mata mahu menutup isu kesalahan besar yang kau lakukan.

Bila aku terasa yang mak/abah dah mula menilaikan aku sebagai individu yang jahat, aku teringat bagaimana liciknya peranan kau pada tahun 2010, untuk memastikan Dayah berkahwin dengan Kiki. Kau menjadi perancang utama. Ketika pertunangan Kiki dan Dayah hampir terputus, bagai retak menanti belah, kau telah tampil berpakat dengan Dayah untuk memerangkap Kiki. Dayah dikatakan telah mengandung, jadi Kiki harus bertanggungjawab. Pertunangan tidak boleh diputuskan.  Aku telah membawa kau mengambil sample kencing sedara kau yang pregnant, & memberikannya kepada Dayah. Kemudian Dayah pergi ke klinik untuk buat pregnant test. Dayah gunakan sample kencing yang dibawanya. Dengan itu, lapuran perubatan menunjukkan Dayah ‘pregnant’. Hasil kejayaan rancangan ini, Kiki akhirnya tidak boleh lari dari memikul tanggungjawab ini, seterusnya terpaksa berkahwin dengan Dayah. Berdasarkan kes ini, aku yakin kau memang pakar untuk mencipta cerita sehingga boleh mengubah presepsi seseorang terhadap individu lain.

Seminggu selepas prosiding mahkamah, aku merasakan yang Sutarwan tidak harus dibiarkan terlepas begitu sahaja. Aku yakin dia telah menghasut sedikit demi sedikit sehingga lama kelamaan kau merasakan yang dirinya adalah sangat baik & sempurna manakala diriku pula banyak kekurangan, jahat & menjemukan kau. Dengan ini, setelah melihat terdapat peruntukan undang2 yang boleh diambil terhadap Sutarwan, iaitu menghasut sehingga menyebabkan penceraian.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan), seksyen 36, seksyen 37 dan seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa orang ketiga ini ke muka pengadilan.

Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan ketiga-tiga peruntukan ini, aku merasakan Seksyen 38 adalah paling tepat, dan bukti paling kukuh ialah SMS yang aku terbaca pada insiden malam 29/3/12 dulu.
Setelah itu, akupon membuat aduan di JAIS, & fail siasatan telah dibuka. Hampir 3 jam memberikan keterangan.  Bagaimanapon sehingga hari ini, aku tidak tahu perkembangan kes ini, dan nampak seperti diam begitu sahaja.

Ketika menjelang Ramadan, aku ada berbincang dengan peguam syarie & mempertimbangkan untuk memfailkan kes ini bagi mendakwa Sutarwan, berdasarkan Seksyen 38.  Kau dan Sutarwan akan dipaksa untuk bersumpah di Mahkamah Syariah andaikata masih mengaku tidak pernah berzina. Aku difahamkan, andainya bukti2 tambahan diperlukan, dengan lapuran polis & kebenaran mahkamah, segala butiran terperinci kandungan ratusan sms antara Sutarwan & Azlin boleh diperolehi. Aku yakin, kandungan2 sms ini pasti akhirnya boleh menjelaskan dan membuktikan betapa seriusnya perhubungan mereka. Aku syak, demi ‘menghalalkan’ perhubungan kau dan Sutarwan, pasti kau telah banyak menokok tambah & memfitnahkan aku untuk menunjukkan yang aku ini terlalu jahat, jahil serta tidak melaksanakan tanggungjawab aku sebagai suami. Aku difahamkan yang kos guaman mungkin antara RM5k - 10k.

Setelah memikirkan masak2, andainya keputusan mahkamah memihak padaku, Sutarwan mungkin dihukum dan ianya akan memuaskan hatiku namun bukannya boleh mengembalikan semula kehilangan kehidupan berumahtangga dengan kau. Apa yang telah terjadi bukannya boleh dibatalkan. Andai SMS2 yang bakal didedahkan cukup ‘panas’ dan didedahkan kepada umum, pasti kau juga akan lebih tertekan, malu dengan masyarakat & terdorong untuk berhenti kerja.  Nampaknya, meneruskan kes ini hanya seolah-olah untuk aku membalas dendam & kepuasan hatiku saja. Akhirnya, aku hanya berserah pada Allah, memikirkan peruntukkan kos guaman itu lebih baik dibelanjakan untuk menggembirakan anak2 aku. Aku memutuskan untuk tidak memfailkan kes ini.

 
Selepas hari raya puasa, iaitu bulan Ogos 2012, kau ada datang ke rumah. Aku telah berpakat dengan Danial, kononnya aku telah mengupah kumpulan samseng untuk membunuh Sutarwan. Tujuan aku, hanya mahu melihat reaki ngko, samada kau masih sayangkan dia atau tidak. Untuk menarik semula arahan membunuh ini, aku memberikan kau syarat:
1.      BERKAHWIN DENGAN SUTARWAN, atau…
2.      BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH BAHAWA KAU TIDAK PERNAH BERZINA DENGAN SUTARWAN KETIKA BERGELAR ISTERIKU YANG SAH.
3.      MENGAKU PERNAH BERZINA DENGAN SUTARWAN, SETERUSNYA MEMOHON MAAF DENGAN AKU.

Keesokkan harinya, kau telah balik kampung dan ada berbincang dengan keluarga kau. Kau akhirnya bertanya aku, andainya kau pilih option 1, apa jaminan yang aku tidak akan ganggu kau lagi. Aku katakan, aku sanggup bersumpah depan sesiapa saja bahawa aku tidak akan ganggu kau lagi, andainya kau memilih option 1. Kau nyatakan yang kau telah memilih option 1. Sangsi dengan jawaban kau, aku meminta bukti, setidak-tidaknya aku mahu sertai rundingan keluarga kau dengan Sutarwan. Kau katakan yang Acu telah menalipon Sutarwan untuk membincangkan perkara itu. Untuk memastikan yang kau bercakap benar, aku cuba hubungi Sutarwan, malangnya kesemua taliannya tiada dalam perkhidmatan lagi. Bila aku persoalkan no phone Sutarwan, kau diam. Aku yakin yang kau menipu bahawa Acu telah menalipon Sutarwan.

Keesokkan harinya, aku hubungi kau, menyatakan bahawa aku sebenarnya telah menipu yang aku mengupah pembunuh upahan. Aku kesian melihat kau begitu tertekan dan letih. Malangnya, kau kata yang kau telah membuat lapuran polis, bahawa aku telah mengupah pembunuh. Tanpa berlengah, aku terus ke IPD Shah Alam, pergi bersama Luqman.  Tujuan aku, untuk menyerah diri, dan memaklumkan perkara sebenar.  Setelah mendengar penjelasan aku, pegawai penyiasat ini dapat menerima, begitu bersimpati dengan aku. Dia menghulur duit raya kepada Luqman dan Danial, RM10 seorang, dan menghantar aku sehingga luar.

Kini aku faham, perasaan kau terhadap aku telah mati sama sekali. Tidak guna untuk aku merayu pada kau lagi agar berterus terang dan mengaku saja segala kesalahan, seterusnya memohon maaf padaku.  Aku juga yakin bahawa kehadiran Sutarwan hanyalah untuk singgah sementara dalam hidup kau, untuk mendapatkan sesuatu yang gagal dimilikinya semasa bercinta dengan kau tahun 94/95 dulu. Bila dia telah memperolehinya, serentak dengan itu, aku juga telah menghidu kecurangan engkau. Lantas, dia tergesa-gesa melarikan diri dari kehidupan kau & dalam masa, cuba meyakini diri aku, menegakkan benang basah, kononnya dia tidak melakukan apa2 kesalahan dengan aku kerana hanya berkawan biasa dengan kau.


Orang yang paling bodoh, paling rugi ialah diri kau. Ketika kau telah memiliki seorang suami yang begitu ikhlas meyayangi kau, yang menerima kau dalam keadaan gemuk, berpenyakit, makin dimamah usia, tidak mampu menjalankan peranan sebagai sebagai seorang isteri/ibu yang baik kerana komitmen kerja yang terlalu tinggi, dengan masalah keluarga kau lagi, tiba-tiba kau telah melakukan suatu perkara yang mana begitu sukar dimaafkan oleh mana2 lelaki bergelar suami. Dalam masa yang sama, kau juga telah kehilangan jejaka yang berjaya memalingkan kesetiaan kau pada aku. Diri kau benar2 seperti YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN.

Dengan rezki yang Allah kurniakan padaku, sebaik mungkin aku akan menjaga dan membesarkan Luqman dan Danial. Menjaga dan membesarkan anak2 adalah satu amanat yang mesti aku pikul. Aku sanggup pertaruhkan apa saja, sekalipun nyawaku, untuk memastikan anak2ku tidak tertekan, membesar dengan gembira dan mendapat segala keperluan. Aku bukanlah manusia yang terlalu kejam, lantas aku tidak akan menghalang kau berjumpa dan menghubungi mereka. Andainya ikut perasaan, mahu saja aku memutuskan sama sekali perhubungan kau dengan mereka, namun aku sedar yang mereka tetap anak kau, pernah tumpang rahim kau sebelum lahir ke mukabumi ini.  


LAMPIRAN

Sbahagian dari sms2 aku dan emak selepas penceraian, dan mak yang memulakan dulu. Aku hanya copy/paste tanpa edit apa2 huruf untuk mengekalkan keasliannya:

Mak:
Aku tak akan maafkan kau dunia sampai akhirat! MENANTU HANTU!! Kau telah mendera fizikal dan mental anak aku!! Kau fitnah anak aku curang tanpa melihat dgn mata kau sendiri. Kau tahu apa hukum memfitnah orang? Hati kau kotor tak ikhlas menolong aku selama ini! Ini yg engkau janji dgn aku hati kau ikhlas, tak ada dendam. Kau ugut anak aku setiap hari,kau racun fikiran anak2 supaya bencikan ibunya. Sekarang Tuhan dah balas sedikit demi sedikit perbuatan kau sebab hati kau BUSUK MACAM BANGKAI!!! AKU D0AKAN KAU TAK SELAMAT DUNIA AKHIRAT!!!

Aku
Moga doa mak dimakbulkan Allah. Ameen.

SMS mak:
Hahaha,cipap melayu yg dpt bm spm 7 tu lah yg buat kau gila talak..,hahaha...cari lah cipak keturunan...ari2 ajak rujuk tu kenaper ek..,..pegi mampus kau.penggiler tatatatalaklaklaklak..,x tau maluuuuu


Aku
Sya bukan sempurna, sya bukan baik sangat, sbgai manusia sya juga bnyak kelemahan, tapi x pelah, terimanya sebagai takdir..dan anggap Allah tetapkan peranan sya setakat ini saja. Cukuplah...sya x kan tulis apa2 lagi dlm fb, lin dh terima hukuman yg lebih dari mencukupi. Maafkn saya mak, biarpon mak x kasi sya sebut mak, hubungan mak & menantu x kan terputus sekalipon dh cerai. Sya x kan halang cucu2 mak berjumpa neneknya. Maafkn saya mak. Patutlah ketika mula2 kenal lin dulu, dia terlalu banyak citer hidupnya tertekan kerana mak. Dia x boleh tinggal dgn mak, nnti terdorong jd anak derhaka, banyak berkasar dgn mak. Skrng sya mula faham kata2 lin ini.



           
Sebahagian dari sms2 antara aku dan Sutarwan:

Aku
15 tahun umahtangga aku bahagia dgn gurau senda, dari kehidupan yg susah hingga senang, anak2 sebaya dgn anak2 ngko, tp disebabkn ngko berdendam kerana cinta ngko sekitar 94/95 x kesampaian ke penghujung, ngko gunakan kelemahan seorang wanita, berjaya pujuk hatinya hinggalah cinta Azlin tanpa aku sedar telah beralih arah.  Umahtangga aku hancur. Kini hidup Lin susah, tinggal merempat sewa bilik.  Terpisah dgn anak2. Tersampai hajat ngko balas dendam kat Lin. Kalau ngko rasa x bersalah, jumpa aku kat masjid wilayah, bila2 masa. Bersumpah bahawa ngko x pernah berzina. Kalau ngko dh insaf dan ingin mohon maaf, aku terima. Andainya tidak, aku x akan berdiam. Ingat!  
Aku nak dengar satu lafaz jer dari mulut ngko sendiri, DEMI ALLAH AKU TIDAK PERNAH TIDOR ATAU BERZINA DENGAN AZLIN MASTURA BINTI MOHAMED. ANDAINYA AKU BERDUSTA, AKU TERKELUAR DARI AGAMA ISLAM DAN RELA DIMASUKKAN KE NERAKA JAHANAM..kalau sanggup lafaz ayat ini, aku akan minta maaf dan tak kacau ngko lagi.

Sutarwan
Mmg sy tidak Lebih dr berkawan dgn dia Dan tak pernah membuat perkara yg tak baik pun Dan sy rasa tak nak buat benda2 yg Kita tak lakukan ok lah sy Ada kerja yg patut sy buat kerja tgh byk ni.
Mengapa sy Harus bersumpah pd perkara yg tidak Ada kena mengena dgn sy tidak ke itu satu perkara yg pelik sy tidak Ada kena mengena tiba2 bersumpah

Sutarwan (hari yang lain)
Sy baru selesai solat istiarah,tahjud,hajat Dan Subuh sy yakin sy dipihak yg benar walau bagaimana pun sy tetap mendoakan saudara ali agar tabah menghadapi dugaan dunia
Sutarwan (hari yang lain)
Bro aku dah cakap yg aku x Ada apa2 hubungan dgn Lin selain kawan Dan skrg pun aku x tahu yg dia masuk hospital  aku harap inilah peluang ko nak ambil hati dia ko selalu ah pergi melawat dia Dan jgn tuduh yg bukan2 PD dia buatlah Demi utk anak2 insyallah semoga hati dia terbuka kembali PD ko. Sy percaya dia masih syg an awak Cuma hatinya sakit bila  dituduh  yg bukan2, mungkin jgk dia sakit sebb makan hati atau rindu PD awak n anak2
                                                 

          
29/12/11, SEMINGGU SEBELUM KE KOREA, GUNUNG JERAI. TIADA KECERIAAN. MUNGKIN JIWA SUDAH JAUH MENGELAMUN KE KOREA….

                       

6/1/12 – 16/1/12, KOREA SELATAN,  DIPERCAYAI DITEMANI SUTARWAN WEJO….




TUDUNG???




KECERIAAN KETIKA DI KOREA JELAS TERPANCAR






INI DIA SUTARWAN BIN WEJ0 BERBAJU KUNING!!!!!!!


     




ANDAIKATA TIADA KEKUATAN IMAN, TIADA MENJADI KESALAHAN DALAM ISLAM DAN UNDANG-UNDANG NEGARA, PASTI KEDUA-DUA MEMPELAI  INI MENERIMA NASIB  SEPERTI INI…TIADA SIAPA DAPAT MEMAHAMI DAN MENYELAMI PERASAAN SUAMI YANG ISTERINYA CURANG, MELAINKAN DIRINYA SENDIRI….